Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

[Shop] Tudung Pramit yang baru

$
0
0






Semalam, saya dah masukkan kesemua tudung pramit dalam online shop saya(kalau tak boleh klik "Add to Cart", itu maknanya stok dah habis). Pada sesiapa yang tak kenal tudung ni, tudung Pramit ni tudung empat segi yang diperbuat dari kain Polyester(yang dicampur dengan kain kapas). Kain tudung ni tidak mudah berkedut walaupun kita lasak macammanapun dan kainnya agak susah nak jumpa dimana-mana kedai kain. Mungkin sebab tudung ni asal Italy, kualiti kain dia lain sikit. Kalau anda suka tudung empat segi, apa kata cuba pakai tudung ni. Saya tak boleh gerenti anda suka tudung ni sebab citarasa orang lain-lain, kan. Kalau ada yang berminat dengan tudung ni sekarang, orderlah cepat² selagi stok masih ada sebab stok tudung ni sangat² susah nak dapatkan yang baru. Termasuk poslaju, harga tudung ni hanyalah RM26 sehelai(ke semenanjung) dan kalau 5 helai atau kurang, harga poslaju tetap RM6 juga(ke semananjung sahaja ye). Kalau nak tahu harga pos dengan lebih lanjut, bolehlah baca "Delivery & Postage Costs". Saya suka tudung ni sebab kainnya sangat senang dibentuk(lebih senang dari tudung bawal) dan walaupun tudung ni saiz "medium", saiz sebenar ialah 46" x 46" dan saiznya agak besar daripada tudung empat segi biasa yang saya ada.


Ada tak tudung empat segi yang anda suka sangat²? Tudung tu ada nama tak? Kalau ada, saya pun nak tahu jugak tudung yang anda kata best tu (^_^).

Link kedai: fadzbiz.com



Tudung yang masih available... buat harini sahaja (>_<)... MUNGKIN (^_^)



Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Trending Articles