Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

[Myself] Cara Saya Cuci Mekap...

$
0
0
Saya selalu dengar orang bertanya, selalu 'dengar' tapi jarang orang yang bertanya kat saya... "macammana nak bersihkan mekap sebelum solat ek?". Saya pun salah seorang yang selalu tanya soalan macamtu^^. Bayangkan kalau bekerja kat pejabat, memang jaranglah orang yang tak bermekap kat pejabat, kan. Tapi bila nak solat zohor, mekap MESTI nak dibersihkan. Biasanya saya nampak orang bersihkan mekap dengan cuci muka biasa. Tapi sesetengah mekap memang susah nak tanggal kalau kita mengharapkan cuci muka jek. Lagi satu masa keluar berjalan-jalan. Biasanya mesti kita keluar rumah seharian, kan. Lepastu muka kita mesti pakai mekap...tak pun sunblock. Walaupun pakai sunblock, muka kena dibersihkan sebersih-bersihnya sebab sunblock pun bukan senang nak tanggal.








Ada 2 cara menanggalkan mekap yang agak berkesan untuk saya:

Wet Tissue
Cara nak tanggalkan mekap: Kita lap seluruh muka dengan tisu ni sehingga takde kesan mekap kat tisu. 
Kelebihan: Kita boleh nampak kesan mekap kita sehinggalah kesan mekap dah takde kat muka.
Kekurangan: Memerlukan masa yang agak lama jika kita bermekap tebal dan kurang sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif. Kulit saya jenis kulit yang sensitif dan hanya satu brand je yang sesuai untuk saya setakat ni. =(
Komen: Seboleh-bolehnya beli wipe tissue yang ada 10 helai atau kurang dalam satu pek sebab wipe tissue ni cepat kering. 

Cleansing Oil
Cara nak tanggalkan mekap: Tekan pump sekali jek... lepastu ratakan minyak ke seluruh muka(pastikan tangan dan muka dalam keadaan kering). Lepastu basahkan tangan dan urut ke seluruh muka dan masa ni kita boleh nampak minyak ni bertukar seperti air susu. Akhir sekali, bersihkan muka dengan air bersih sambil mengurut muka.
Kelebihan: Jimat masa dan muka rasa sungguh segar.
Kekurangan: Harga sedikit mahal tapi berbaloi.
Komen: Pastikan cleansing oil yang kita beli sesuai dengan jenis muka kita. Walaupun menggunakan minyak, kulit akan menjadi sangat kering kalau kita guna cleansing oil untuk kulit berminyak.
 

Yang kerap saya pakai: Cleansing Oil. Botol ni dah nak dekat setahun pun ^^


Kalau ada cara tanggalkan mekap yang lain, let me know... saya pun nak tahu jugak xD

Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Trending Articles