Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

[MySelf] Pulihkan tenaga mental

$
0
0

























Kadang-kadang bila kepala terlalu serabut sampai badan rasa amat meletihkan, kita perlukan ruang untuk pulihkan tenaga mental kita balik. Salah satu cara nak pulihkan tenaga kita balik ialah kita pergi berjalan-jalan sambil melihat pemandangan yang menenangkan. Setahun sekali, itulah yang saya buat. Saya suka tengok ragam orang, tengok pemandangan yang cantik asalkan tempat tu tak menyesakkan kepala saya. Bagi sesiapa yang taktau ataupun sudah tau, Korea adalah salah satu tempat yang selalu saya lawati dan tak jemu untuk pergi ke sana lagi(>_<). Di sana, saya boleh berjalan dari pagi sampailah ke malam ke tempat² yang menarik memandangkan kemudahan awam kat sana tersangatlah mudah dan menepati masa. Selain tu, orang sana pun sangat² membantu walaupun kadang-kadang macam bercakap ala-ala "ayam & itik". Salah satu musim yang menarik kat sana ialah musim bunga dan saya boleh bayangkan orang sana tak sabar² nak tengok musim bunga sekarang.

Antara tempat² yang sarankan(di Seoul):
Yeouido Park
Nami Island
Korean Folk Village
Namsan Tower(kalau boleh berjalanlah sampai ke atas)
Cheonggyecheon Stream(boleh rendam kaki kat situ)
Palace(ada 5 palaces, pergilah sekurang-kurangnya satu palace)
Yonsei University ataupun Ewha Woman's University
Gunakan subway untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain dan jangan lupa beli T-money. Kalau nak menikmati pemandangan musim bunga , pergilah dalam masa terdekat ni. Biasanya pertengahan April adalah minggu terbaik untuk tengok sakura mengembang dan bunga sakura biasanya bertahan seminggu sahaja. Harap² gambar-gambar saya kat atas ni memberikan rasa ketenangan dan bayangan di sana sedikit:)


Apa tempat menarik yang membuatkan anda nak pergi berkali-kali?




Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Trending Articles