Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

[Mix & Match] Selendang Coklat/Brown Scarf

$
0
0
Mix & Match(a.k.a suai padan dalam BM) pada minggu ni, saya nak padankan selendang coklat dengan pakaian yang sesuai di mata saya. Selendang coklat yang saya akan tunjukkan pada harini diambil dari fadzbiz.com(tinggal sehelai saje ketika entri ni ditulis), berharga RM25 satu, kainnya diperbuat dari kain chiffon yang berkualiti(tidak terlalu jarang dan kainnya berat sedikit) dan sesuai untuk orang yang tidak mahu keluarkan duit yang banyak untuk membeli selendang tapi mahu kualiti selendang yang memuaskan.

Nak tengok macammana rupanya selendang coklat tu? "Scroll" kebawah dan saya akan tunjukkan 3 jenis stail yang sesuai dipakai dengan selendang coklat tersebut ^^


Selendangnya:


Pattern Bubble Shawl 002 - RM25 at fadzbiz.com


Gaya #1: Santai & Relaks
Pilihan warna warni pastel dan pakaian yang selesa amat sesuai untuk gaya santai ini. Disebabkan selendang berwarna tanah, warna yang paling dekat dengan warna tanah dipilih. Gaya ini sesuai untuk melancong dan selendang ini sesuai untuk cuaca panas sebab kainnya tidak terlalu tebal.




Stail #2: Skirt


Disebabkan selendang ni bercorak, skirt yang dipilih hendaklah tidak terlalu serabut coraknya. Saya lebih suka jika cardigan dipadankan dengan skirt dan saya memilih cardigan yang berwarna lembut sedikit daripada warna selendang ni. Untuk inner, saya memilih warna yang terang sedikit daripada warna cardigan supaya warnanya nampak kontra sedikit. 


Stail #3: Seluar/Pants
Untuk mengelakkan warna yang sama dari hujung kepala ke hujung kaki, kali ini saya memilih warna yang terang sedikit iaitu warna oren yang dipadankan dengan seluar berwarna "olive green". Bagi saya, tidak salah kalau kita nak memakai warna yang terang tapi warna tersebut haruslah dipadankan dengan warna tanah supaya warnanya tidak menyakitkan mata.



Stail yang mana jadi pilihan anda? ^_^


Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Trending Articles