Hmmm... saya tak suka buat 'drama' disini dan saya biasanya tidak mudah putus asa bila ada sahaja perkara di luar jangkaan muncul. Tapi saya rasa perkara ni perlu dibangkitkan sebab terlalu banyak orang tidak bertanggungjawab telah mengambil peluang ketika saya mendiamkan diri.
Rasanya ramai yang sedar betapa pesatnya bisnes online sekarang ni. Salah satu perkara yang amat penting ketika buat bisnes online ni ialah gambar. Gambar amat penting sebab dari gambarlah pelanggan boleh bayangkan barang yang nak dibeli sebab mereka tak boleh membelek barang macam beli di kedai "offline". Bagi saya, mengambil gambar ni salah satu tugas yang memerlukan fokus yang tinggi dan kadang-kala amat mencabar terutamanya ketika kualiti cahaya tidak memberangsangkan. Kalau saya, biasanya saya ambil gambar menggunakan lampu studio ---> edit setiap satu gambar ---> akhirnya, barulah masuk dalam online shop. Saya ambil gambar tudung menggunakan patung sebab bagi saya, itu salah satu alternatif sebab saya rasa diri saya takdelah cantik sangat untuk dijadikan model. Sebabtu tudung mahal-mahal selalunya menggunakan model yang cantik. Walaupun tudung tu tak cantik tapi kalau yang memakainya cantik, tudung tu akan nampak cantik jugak, kan(^__^).
Baru-baru ni gambar tudung saya telah diambil dan digunakan oleh seorang seller di online shop yang mempunyai ramai penjual. Saya mula-mula sedar perkara ni ketika saya google "shawl printed" dan gambar ni keluar dulu. Tapi bila saya klik link gambar tu, saya ingatkan gambar tu keluar di website saya tapi keluar di website orang lain.
Ini bukan pertama kali gambar² tudung saya digunakan tanpa izin. Sebenarnya sejak saya mula berniaga lagi masalah ni sentiasa muncul sampai saya rasa benda ni macam masalah biasa tapi TAK boleh dipandang ringan. Ada sorang tu macam tak bersalah dan boleh pulak tanya saya balik "e'eh tak boleh ke?" (*_*). Mungkin yang copy gambar ni tak rasa bersalah pun tapi untuk pengetahuan anda, mengambil gambar dan mengedit gambar untuk produk online shop ni bukannya kerja mudah. Apatah lagi yang buat kerja dari A sampailah Z untuk bisnes online dia. Bertanyalah dulu ataupun bagi credit untuk pemilik gambar tu di blog dengan keterangan yang tepat. Janganlah jual tudung harga RM65, sedangkan tudung tu RM22 sehelai.
Terima kasih sebab baca post saya yang tidak menggembirakan ni. Bagi sesiapa yang baca post ni, saya amat menghargainya.

Boleh nampak tanda logo online shop saya dalam gambar diatas. Gambar ni saya sertakan ketika saya tulis msg di FB page online shop tersebut(terima kasih pada pemilik online shop tu sebab gambar tu sudah dikeluarkan ketika post ni ditulis). Ayat macam garang je, kan... hehe!! Tu gambar ada logo, yang takde logo tu macammana ye?
Tudung ni sebenarnya selendang chiffon dan harga selendang tu RM22 sahaja.