Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Cara Hilangkan Kesan Dakwat Pen di Tudung

$
0
0
Semalam, saya terjumpa salah satu tudung yang dah diconteng dengan pen. Ni gambaran sebelum dan selepas tudung ni dibasuh.

Gambar sebelum....




 Gambar selepas ^^


Rasanya bukan saya sorang yang ada masalah ni. Masa zaman belajar dulu, tudung terkena dakwat pen ni rasanya dah jadi perkara biasa. OK, kali ini saya nak tunjukkan macammana kita nak hilangkan kesan dakwat pen di tudung. Mula-mula sekali, kita perlu ada:
  • Ubat gigi
  • Sabun Baju
  • Baldi







  1. Ambil ubat gigi(tak kisah jenis apa pun) dan sapukan ubat gigi tu pada kesan dakwat. Selepas tu,kita gosok sedikit tudung kita tu dengan ubat gigi tersebut.
  2. Masukkan sabun baju yang dicampur dengan air di dalam baldi. Selepas tu, masukkan tudung kita tadi dan gosokkan bahagian yang terkena dakwat pen tu dengan air sabun sehingga kesan ubat gigi hilang.
  3. Kalau kesan dakwat masih tak hilang lagi, ulang balik step(1-2). Biasanya kesan dakwat akan hilang selepas kita buat basuhan yang kedua.

Senang je, kan. Tapi kalau dah biasa hantar baju kotor ke dobi, suruh je orang dobi tu hilangkan dakwat baju tu. Kalau nak cuba tips ni pun apa salahnya ^__^. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Latest Images

Trending Articles



Latest Images