Memulakan sesuatu yang baru kadang-kala membuatkan kita rasa teruja. Bila terlalu teruja, kita kadang-kala lupa macammana nak mulakan. Bagi yang dah lama memakai tudung, cara memakai tudung ini mungkin tak perlu ditunjukkan lagi kot. Tutorial ini memang khas dibuat untuk seseorang yang baru sahaja ingin mengenakan tudung dan memilih tudung empat segi sebagai tudung pertamanya. Jom kita tengok cara memakai tudung empat segi ni...
Mula-mula sekali, lipat tudung empat segi ke bentuk segitiga seperti gambar dibawah:
Kemudian ambil pin, pinkan dibawah dagu dan lipat tepi tudung seperti ini:
Tarik tudung disebelah kiri ataupun kanan(ikut suka dan keselesaan) dan pinkan pada bahu yang bertentangan.
Pastikan bahagian dada ditutup.
Tarik tudung yang belum dipinkan ke belakang kepala dan pinkan seperti yang ditunjukkan didalam gambar:
Ini adalah cara pemakaian tudung yang paling 'simple', yang tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk semua jenis muka dan tidak panas. Semoga tutorial ini amat bermanfaat :)
Suka tudung berwarna merah? Semua tudung merah sudah dikumpulkan di SINI. Jangan lepaskan peluang!