Saya tulis blog ni sejak tahun 2008. Yeah... ini bukan entri blog yang pertama tapi entri blog yang sebelum ini terpaksa disimpan sebab nampak kurang sesuai untuk ditunjukkan pada zaman sekarang. Bukan sebab isi kandungannya tak senonoh tapi terlalu banyak entri dah 'ketinggalan zaman'. Siapa yang tulis entri sebegitu? Orang yang sedang menulis blog entri ni lah... hehe!!
Dulu susah betul saya nak dapat idea menulis. Selepas berbulan-bulan menyepikan diri buat sementara waktu, waktu itulah jugak saya mencari jawapan kenapa saya ada satu perasaan yang buat saya sangat 'down' dengan perkara yang saya amat minati sebelum ini. Lama-kelamaan saya dapat jawapannya dan bermula awal oktober ini saya mengubah segalanya mengikut apa yang saya sukai. Baru saya sedar, sebab terlalu mengikut rentak peniaga lain yang suka promote barang terus ke blog dan cara perniagaan yang membuatkan saya kurang berminat(tapi saya paksa diri saya buat), itulah punca sebenarnya kenapa saya rasa sangat 'down'. Kepada orang yang selesa berniaga macamtu, teruskanlah apa yang anda suka tapi saya baru sedar minat saya bukan ke situ.
Selepas membuat pelbagai penelitian dan pembacaan, barulah saya faham apa yang saya minat nak buat dalam perniagaan saya ini. Saya tak akan tinggalkan peniagaan tudung saya tapi saya nak ubah konsepnya mengikut citarasa saya. Mungkin saya tak fokus pada tudung sahaja tapi fokus benda lain yang masih berkait rapat dengan tudung.
Maafkan saya kalau ada kesilapan atau kekurangan sebelum ini dan disebabkan esok kita akan menyambut hari raya haji, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha pada semua pembaca blog ini. Semoga 'pengorbanan' saya ni berbaloi dan dapat memberi manfaat pada semua, InsyaAllah.

Gambar ini diambil semasa saya menyambut Hari Raya Haji di Indonesia. Bagi orang sana, bawa kambing atas motor ni perkara biasa tapi bagi orang yang tak biasa, terfikir jugak macammanalah kambing tu boleh dok diam je, kan... haha!!