Skaf/selendang ini dibuat selepas mendapat inspirasi daripada selendang yang berbentuk anggur yang dilihat dari salah satu online shop yang amat terkenal di luar negara(sebenarnya saya dah tak ingat nama website tu). Idea membuat skaf ini sebenarnya untuk suka-suka dengan niat ingin mencuba membuat "anggur" pada satu selendang sahaja. Selepas selesai membuat 'anggur' pada satu selendang, tangan ni gatal pulak buat 'anggur' pada selendang yang lain. Disebabkan boleh dikatakan semua selendang ni sudah diubah suai, rasanya eloklah kalau selendang ni dijual di bawah kategori "exclusive" di online shop saya; yang bermaksud ianya dalam kategori "handmade".
Apa yang kita perlu tahu tentang selendang ini:
- Kainnya diperbuat dari kain lycra.
- Bentuk anggurnya dibuat tanpa jahitan(tak guna jarum langsung).
- Disebabkan tudung ni 'handmade', stoknya tak banyak dan banyak warna yang dah kehabisan stok.
Nak tahu lebih lanjut, sila ke online shop saya ye(sementara stok masih ada). ^_^