Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Cara Melonggarkan Anak Tudung Yang Terlalu Ketat

$
0
0

Anak tudung atau 'underscarf' merupakan salah satu aksesori yang wajib ada pada setiap orang yang bertudung. Tujuan anak tudung ini supaya tudung kita terletak dan tidak licin apabila dipakai. Selain itu, supaya rambut kita tidak mudah terkeluar daripada tudung. Anak tudung yang selesa juga sangat penting sebab jika tidak selesa, kepala akan rasa berat dan kemungkinan akan sakit kepala. Harini saya nak tunjukkan bagaimana caranya untuk melonggarkan anak tudung yang ketat. Biasanya anak tudung yang ketat ni adalah jenis anak tudung syria, kan? Lain orang, lain saiz kepalanya. Sebabtu ada yang pakai sedang elok, tapi yang lain rasa ketat pulak. Jom kita tengok bagaimana nak melonggarkan anak tudung syria ni...


























Mula-mula pastikan bahagian 'face opening'nya.  Bahagian ini adalah bahagian yang kita masukkan muka kita.





Kita akan ubahsuai di bahagian yang berjahit(di bahagian 'face opening' tadi). Kalau kita pakai anak tudung ini, bahagian berjahit ni terletak dibelakang leher kita.














Dengan menggunakan penetas benang, kita tetas 1cm dulu. Lepastu cuba pakai anak tudung tersebut. Jika tak selesa, tetas 1cm lagi(ulang jika perlu) sehinggalah kita rasa selesa dengan anak tudung kita.












Selepas kita dah cukup selesa dengan anak tudung kita, tarik lebihan benang tadi dan ikat benang tersebut sebanyak 2-3 kali.













Gunting lebihan benang yang kita ikat tadi.















Jika perlu, kita jahit sekali lagi di bahagian anak tudung tadi supaya jahitan anak tudung tu teguh.









Dan biar nampak kemas.



Walaupun trend tudung sekarang bermacam-macam gaya, anak tudung pun tidak ketinggalan mengikut trend. Tapi anak tudung syria masih menjadi antara anak tudung kesukaan saya jika saya memakai selendang. Jenis 'cotton' adalah antara yang paling selesa sekali sebab membuatkan rambut tidak mudah terkeluar dan kainnya kurang panas.

Anak tudung apa yang menjadi 'favorite' orang sekarang? Jom kongsikan dengan tweet saya terus kat twitter ye.





Viewing all articles
Browse latest Browse all 95