Ada tudung lama yang bertahun-tahun tersimpan dalam almari dan tak tahu nak buat apa dengan tudung tu? Biasanya tudung-tudung lama ni akan dibuat alas meja, alas kerusi ataupun digantungkan di dinding... itupun kalau corak tudung tu nampak eksklusif. Bagi yang rajin sikit, apa kata kita ubahkan tudung tu menjadi sesuatu yang membuatkan kita tak sangka yang itu tudung kita. Pendek kata, memang dah takde rupa tudung pun. Daripada tak pakai, apa kata kita tukarkan skaf tu jadi vest. Jom tengok cara-cara nak buat vest...

Bahan-bahan yang perlu disediakan:
- Tudung empat segi(45 inci ke bawah).
- Gunting
- Benang & Jarum untuk dijahit tepi. Kalau ada mesin jahit, guna mesin jahit jelah ye.
Mula-mula sekali kita akan buat ukuran dulu. Sebelum itu pastikan tudung empat segi kita tidak terlalu besar sebab nanti jadi macam maxi dress pulak. Paling sesuai saiz skaf bidang 45 inci ke bawah.
Kita anggarkan ukuran "A" ialah 5 inci(boleh ditukar ikut kesesuaian). Ukuran "A" amat berkait rapat dengan panjang ukuran vest kita.
Kalau nak tahu berapa panjang vest kita, ikut kiraan ini...
Panjang vest= Ukuran Tudung(Contohnya 40 inci) - Ukuran "A"
Ini pula contoh kiraan 'agak-agak' daripada tudung diatas:
Ukuran "B": 12 inci
Ukuran "C": 9 inci
Selepas diukur-ukur, saya anggarkan ukuran "Gunting": 13 inci
Ukuran "Gunting" adalah ukuran di bahagian ketiak. Kemudian, gunting pada bahagian yang ditulis "Gunting" tu. Tidak selari pun takpe sebab ini tak akan bagi kesan pun.
Hasilnya...
Tidak sampai 5 minit pun dah siap. Kalau ada tudung yang dah tak pakai lagi ataupun tudung tu ada rosak sikit, cubalah jadikan tudung tu sebagai vest. Seelok-eloknya jangan pilih kain yang terlalu ringan ataupun benang yang mudah menetas(contohnya, chiffon). Kalau guna kain macamtu pun boleh tapi PASTIKAN setiap bahagian yang digunting tu dijahit tepi. Selain itu, kalau nak buat vest yang bercorak yang selari, pastikan corak pada setiap bahagian adalah sama(kalau boleh elakkan bahagian kanan bunga besar dan bahagian kiri takde bunga).
Di instagram(@fadzscarf), saya ada berkongsi beberapa tips dan video 15 saat mengenai cara memakai tudung, DIY dan macam² lagi. Gambar peribadi tiada disitu melainkan gambar tudung-tudung yang dijual. Itupun gambar-gambar tudung saya hadkan sebab tujuan buat instagram tersebut adalah untuk berkongsi tips. 'Follow'lah kalau sudi :)