Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Tips Muhasabah Diri

$
0
0
 
AYAT KURSI 
"Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa membaca ayat Kursi dan berada dalam keadaan BERWUDHUK".


Apabila kita berada dalam dunia yang serba canggih, kita kadang-kala terlupa tentang Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita terlupa apabila kita mendapat nikmat makanan yang sedap, ramai lagi di luar sana tidak mampu nak makan apa yang kita makan itu. Apabila kita mendapat nikmat kebahagiaan dari anak-anak dan suami, kita terlupa di luar sana ada orang bersungguh-sungguh memperbaiki diri dan berdoa semoga bertemu pasangan hidup yang boleh membahagiakannya. Sebenarnya, kedua-duanya sedang diuji. Orang yang dapat apa sahaja yang dia nak, mungkin Allah bagi ujian padanya rasa yang sentiasa tak puas dengan apa yang ada. Orang yang sentiasa tak dapat apa yang dia nak, Allah beri ujian dengan melambatkan permintaannya tetapi Allah berikan padanya rasa sentiasa cukup dengan apa yang ada. 

Saya terfikir mungkin sebab itulah orang beriman ini sentiasa diuji sebab Allah sayangkannya kerana biasanya manusia bila susah dan jatuh terduduk, barulah teringat Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang. Dibawah ini antara tips yang membuatkan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada dan menjauhkan perbuatan yang dilarang.  Ingatan untuk diri saya sendiri juga yang memang sentiasa lupa...


► Apabila kamu teringatkan seseorang dengan kerinduan belum halal, perbanyakkanlah olehmu ISTIGHFAR (اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ).

► Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT 

(اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ).

► Apabila kamu ingin kelapangan hati dengan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan, lakukanlah SOLAT DHUHA secara rutin.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya”... Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

► Apabila kamu inginkan perlindungan, sembuh dari penyakit dan kekuatan hati, lakukanlah SOLAT TAHAJJUD sekurang²nya sekali seminggu.

Waktu solat afdhalnya antara pukul 3-5 pagi(Semenanjung) atau pukul 2-4 pagi (Sabah/Sarawak).

 

Saya ada juga kongsikan tentang berdoa yang lebih menumpukan pada ayat-ayat yang membuatkan kita lebih bersemangat untuk berdoa dalam instagram saya. Sebenarnya, ayat-ayat tersebut lebih ditujukan pada diri saya sendiri. Kalau berminat nak baca, 'follow @fadzscarf" dalam instagram ye. Semoga bermanfaat. (^_^)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 95

Trending Articles