Buku diatas adalah salah satu buku jahitan dalam bahasa Jepun yang sudah dialihbahasa ke 'English'. Ini bukan buku biasa tetapi ini adalah buku jahitan yang disertakan sekali dengan 'pattern' baju dan cara menjahit. Buku Jepun ini telah mengubah hidup dan pemikiran saya daripada tak tahu menjahit(tetapi ada minat) sehinggalah boleh menjahit baju sendiri(walaupun belum begitu kemas lagi). Sebelum ini saya selalu gunakan pattern dari buku jahitan UK/US/Australia tetapi masalah selalu timbul pada saiz. Bila jumpa buku Jepun ni barulah dapat saiz yang betul-betul saiz orang Asia. Disini saya akan tunjukkan jenis-jenis pakaian lengan panjang yang sesuai untuk muslimah bertudung yang diambil dari buku ini dan buku jahitan Jepun yang lain.
Ini antara baju-baju lengan panjang yang saya berminat nak menjahit untuk diri sendiri. Buku ini bukan hanya tunjuk cara menjahit je, gambar-gambar dia pun boleh buat orang yang berminat menjahit menjadi bersemangat nak menjahit. Dari kesemua gambar yang ditunjukkan, hanya dua helai baju sahaja yang dah siap dijahit. 'Step' yang paling lama dalam buku ini ialah semasa kita kena lukiskan 'pattern' sebab lukisan pattern dia boleh memeningkan kepala jika tidak dilukis betul-betul.
Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Jika berminat, buku-buku jahitan ini boleh dibeli di Kinokuniya, Ebay, Amazon ataupun Etsy. Jangan lupa tengok saiz dulu sebelum beli buku jahitan Jepun ni sebab setiap buku mempunyai saiz yang berbeza.