Tidak semua orang berani memakai
tudung satin. Disini diberikan beberapa tips bagaimana memakai tudung satin yang tidak membuatkan anda nampak melebih-lebih.
Jangan memakai terlalu banyak perhiasan ketika memakai tudung satin. Disebabkan kain satin dalam kategori kain yang 'glam', memakai satu perhiasan seperti satu brooch di tepi tudung atau satu aksesori di tudung sudah nampak cukup lengkap untuk bergaya.
Tudung satin nampak kemas kalau digayakan dengan 'style' tudung yang menggunakan banyak pin. Contohnya, jika memakai tudung empat segi, tudung di pin di kiri dan di kanan. Tudung satin kurang sesuai digayakan dengan membiarkan tudung dibiarkan labuh begitu sahaja.
- Jangan lupa memakai anak tudung(underscarf).
Anak tudung memudahkan tudung terbentuk dan dapat mengelakkan rambut daripada terkeluar. Sesetengah tudung satin adalah licin dan anak tudung dapat membantu membentuk tudung dengan mudah.
Selain itu, tudung satin juga dapat melindungi rambut kita daripada rosak jika dipakai ketika tidur. Caranya hanya perlu alaskan tudung satin di bantal ketika hendak tidur. Ini dapat melindungi rambut kita daripada mudah gugur dan tidak kusut ketika bangun nanti :)