Bermula awal bulan ini(disember), stok tudung(terutamanya selendang) akan 'dilicinkan' di online shop saya. Sesiapa yang berminat memakai selendang ataupun ada kawan-kawan yang baru berminat nak memakai tudung, bolehlah hadiahkan tudung-tudung ini ^_^. Selepas akhir Disember, selendang² ini akan dikeluarkan dan tidak akan dijual balik.Tudung-tudung yang akan dijual harga RM10 adalah seperti berikut:
Selendang ini diperbuat dari kain net dan saiz selendangnya agak besar(sama saiz dengan 'wide shawl'). Walaupun selendang ini nampak jarang, jarangnya tidak ketara selepas dipakai sebagai tudung. Selendang ini sesuai dipakai untuk seseorang yang mudah merasa panas apabila memakai selendang dan kainnya tidak perlu digosok.
Tudung empat segi ini bersaiz biasa(45 inci) dan kainnya seakan-akan kain 'cotton viscose' yang fabriknya biasa digunakan untuk membuat 'wide shawl bercorak'. Kainnya tidak mudah berkedut, tidak terlalu jarang dan mudah terbentuk.
Kain selendang ini agak sukar dijumpai dan kualitinya lebih elok daripada selendang² yang biasa ada dipasaran sekarang ini. Kainnya sebenarnya tidaklah terlalu jarang dan kainnya tidak panas apabila dipakai sebagai tudung. Dengan 'style' corak yang unik(yang berwarna putih tu sebenarnya jahitan), selendang ini agak susah nak ditiru 'design'nya.
Selendang ini mempunyai kualiti yang sama seperti selendang diatas. Coraknya sahaja yang berlainan :)
Selendang chiffon ini bersaiz sederhana dan kainnya nampak tidak terlalu jarang jika dipakai sebagai tudung(kainnya adalah campuran polyester+chiffon).
- Sebenarnya setiap tudung RM10 ini terdapat dalam pelbagai warna untuk setiap jenis tudung yang diberikan diatas.
- Penjualan setiap tudung ini akan dihentikan selepas 31 Disember 2014.
- Semua tudung adalah 'ready stock'.
- Jika berminat untuk melihat tudung RM10 yang lain, boleh lihat dan beli di http://bit.ly/1yxZrLx
- Semua tudung tidak termasuk harga pos.
- Jika ingin memberi tudung ini sebagai hadiah untuk kawan, sila beritahu dalam comment box(selepas checkout di 'online shop') atau emel ke fadzbiz[at]gmail.com.