Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all 95 articles
Browse latest View live

Tudung Dubai & Italy Mode Cotton Square Scarf

$
0
0

Dua jenis tudung empat segi ni nampak sama tetapi berbeza sikit dari segi material fabrik. Kedua-dua tudung ini diperbuat dari kain kapas(cotton) yang senang dibentuk dan tidak licin tetapi ramai yang lebih suka tudung "Dubai" sebab kainnya lembut tapi tak lembik. Tudung Italy Mode pun ramai juga yang suka tetapi kain dia jenis keras sedikit daripada tudung "Dubai" tetapi tidaklah keras kejung macam kain organza (^_^).



Item: Square scarf hijab.
This hijab drapes perfectly, and does not slip.
Material: Poly-Cotton.
Size: Approx 45 x 45 inches.
Fabric Care: Hand wash or machine wash with care; hang to dry


RM15 each
Berminat? Klik SINI ^^



Antara anak tudung kain kapas dan lycra

$
0
0
Rasanya ramai yang tahu macammana nak ubahsuai anak tudung syria yang ketat menjadi selesa. Tapi mungkin ada yang tak tahu jenis kain memainkan peranan yang penting untuk membentuk anak tudung syria ni menjadi kemas dan terletak. Baru-baru ini saya ada buat video mengenai kedua-dua anak tudung ini untuk menerangkan kedua-dua jenis kain dengan lebih teliti.


Sebenarnya anak tudung syria yang diperbuat daripada lycra pun menarik juga. Tapi anak tudung jenis lycra ni lebih sesuai kalau pemakai tudung ni suka anak tudung yang melekap kat dahi. Kalau cuba buat awning, mesti anak tudung tu jadi senget dan tak kemas sebab kainnya sangat mudah nak stretch(memeri).

Disebabkan ada yang tak sesuai memakai anak tudung yang melekap ke dahi, terhasillah video yang kat atas ni. Tujuan utama membuat video di atas ialah sebenarnya saya selalu ada masalah besar dengan 2 jenis anak tudung ni. Walaupun rasa agak terlambat nak menerangkan kedua-dua jenis anak tudung ni...bagi saya, lebih elok lambat daripada tak beritahu langsung... hehe! (^_^)


Jika berminat dengan kedua-dua anak tudung ni, boleh lihat di: KLIK SINI




P/S: Sebab yang kedua...saya nak cuba letakkan subtitle dalam video ni dan berjaya jugak akhirnya... hehe!!

Shop | Tudung Pramit Square Scarf Hijab

$
0
0
Mungkin ada peminat tudung bawal di luar sana teringin nak memakai tudung bercorak tapi disebabkan tudung bercorak di pasaran banyak jenis yang licin², jadi agak susah untuk mereka memakai tudung yang bercorak ni. Tidak dinafikan banyak tudung bercorak ni jenis yang licin. Tetapi ada satu tudung bercorak yang materialnya lebih kurang macam tudung bawal dan harganya lebih murah dari bawal. Tudung ni pun bidangnya tak besar sangat dan tak kecil sangat....dalam 48 inci(lebih besar sedikit dari tudung bawal yang bidangnya 45inci). Tudung tersebut adalah tudung PRAMIT.


Biasanya tudung Pramit mesti ada 3 bahan di atas(sticker,cop&tag)


Berlainan dengan tudung kapas(cotton), tudung pramit ni kain dia jenis lebih nipis sedikit dari cotton(tapi tak jarang). Macam kain bawal....agak jarang jugak, kan. Tapi mesti diingatkan tudung Pramit ni tak sama material macam bawal ye. Tapi bila rasa dengan jari, materialnya lebih kurang sama dengan bawal. Disebabkan tudung ni berasal dari Italy, coraknya memang cun-cun belaka. Tapi satu corak dah ditetapkan 6 warna sahaja dan stoknya agak terhad.



Tudung pramit yang baru diupdate:




  • Item: Pramit square scarf hijab. This hijab drapes perfectly, and does not slip.
  • Material: Polyester Cotton.
  • Size: Approx 47 x 47 inches.
  • Fabric Care: Hand wash.
 Price: RM18 each 



If you're interested, please click http://www.fadzbiz.com/shop/5-square-scarf-hijab for more details

Hijab Fashion| Which one looks better?

$
0
0
 GAMBAR A


 GAMBAR B


Baru sedar yang Looklet sekarang dah tak macam dulu...semua gambar² dan orang² yang telah mendaftar di website tu, semuanya sudah dibuang/delete. Website tu masih boleh digunakan tapi semua gambar tidak boleh di"save" seperti sebelum ni. Ini pun saya save dengan menggunakan "print screen".

Tudung sahaja yang super impose. Yang lain semuanya dari Looklet. Gaya yang mana satu nampak lebih elok? Gambar A atau gambar B? Boleh jugak komen terus kat Facebook.

Tudung



Outfit Idea with Tudung Syria

$
0
0

Minggu ni panas agak luar biasa, kan. Jadi, saya terfikir pakaian apa yang sesuai untuk cuaca yang panas ni. Rasanya dalam cuaca apa pun, tudung takde masalah. Melainkan, kalau pakai selendang pashmina yang original yang membuatkan si pemakai terbelit² lebih 2 kali=P Hikmah cuaca panas terik ni, kita dapat ambil gambar yang cantik sebab cahaya matahari ni tak boleh dilawan dengan lampu buatan manusia(walau macammana canggih pun lampu tu). Kuasa Allah....



Outfit/Pakaian:
Baju chiffon/cotton lengan panjang yang sejuk dan tidak jarang
Cardigan yang tidak terlalu ketat
Seluar slack
Kasut bertutup
Beg sandang(tak kisah beg apa pun)


Kenapa tidak pakai sleeveless shirt dalam cardigan?
Pada pendapat saya, kadang² cardigan ni mudah terselak kalau tak dibutang. Nak lagi selamat, pakailah baju yang berlengan (^_^)



Hijab | Pakaian ketika melancong

$
0
0

Apabila kita melancong, pakaian dan kasut memainkan peranan yang sangat penting. Kalau salah satu daripada dua perkara ni tidak selesa, mood untuk melancong boleh terganggu. Selain tu, secara tak langsung warna pakaian juga boleh mempengaruhi mood seseorang. Pilihlah warna yang ceria ketika melancong...mesti bertambah semangat kita nak berjalan-jalan nanti =D


Ini adalah contoh pakaian ketika melancong ke negara yang cuacanya tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Mungkin ada yang tidak boleh membayangkan rupa pakaian ni apabila dipakai. Jadi, saya pun editlah gambar ni....



Ni contoh gambaran yang jelas...kalau tak jelas jugak saya taktaulah nak kata apa (>_<)...hihi!!
Salah satu contoh pakaian ketika melancong(^_^)
Tudung yang dipadankan dalam gambar diatas ni adalah Tudung Obama/Bawal Printed Small Square Scarf 004...RM10 sehelai. Tudung jenis ni sangat sesuai untuk musim panas/summer sebab diperbuat dari kain kapas dan mudah dibentuk.



Maxi Dress| Which one looks better?

$
0
0
Bagi yang suka pakai skirt labuh dan rasa susah nak dapatkan skirt labuh yang cantik, apa kata jadikan maxi dress sebagai skirt labuh. Sekarang ni ada bermacam-macam jenis maxi dress yang cantik² dan berpatutan, kan. Saya ada buat dua contoh pemakaian maxi dress yang dijadikan skirt labuh...


Gambar A


Gambar B


Antara gambar A dan B, yang mana nampak lebih cantik untuk digayakan? Saya lebih suka gambar "A"(^_^)

Tudung (kedai online saya)
Gambar A: Tudung Bawal Printed...RM10 sehelai
Ganbar B: Two Tone Stretchable Shawl(kain berat)...RM23 sehelai

Plain shawl SALE!(ended 30th June 2012)


OOTD: Skirt or Pants

$
0
0

Mana yang lebih sesuai? Pakai skirt atau pakai seluar?

(^____________________________^)

Blog: Diari 01072012

$
0
0

Semalam saya terima bungkusan dan ini salah satu pakaian yang saya terima...

Harini saya ambil gambar kesemua pakaian dan InsyaAllah esok saya akan masukkan didalam kedai online saya...
Harap² saya tak lupa untuk "tag" kan nama masing-masing di facebook yang minta di 'tag' bila baju ni dah sampai (^O^)


Close Up: Bow Tied Ruffle Blouse-Baju Lengan Panjang

$
0
0




Harga/Price: RM50 each! (check my online shop for more details)

Sebelum saya jual blouse ni, saya minta pendapat kawan² di FB fan page mengenai blouse ni. Disebabkan ramai juga yang "liked" dan memberi komen yang positif, saya pun ambil stok baju ni lebih.^^

Kalau ikut gambar yang supplier saya bagi, kain dia macam tebal sedikit walaupun sebenarnya saya mahukan kain yang jenis sejuk.

Bila stok sampai, memang kain yang saya inginkan tu yang saya dapat! =D

Saya pun ambil sehelai untuk pakai sendiri *gelak*. Memang tak dinafikan blouse ni memang sedap dipakai. InsyaAllah nanti saya buat OOTD pulak.
(^_______^)


P.S: Sebelum ni saya ada menyebut yang saya akan 'tag' nama-nama yang berminat dengan blouse ni. Tapi saya tak tahu kenapa saya tak boleh 'tag' langsung(>_<).

OOTD: Blouse dan skirt panjang(Muslimah style)

$
0
0

Assalamualaikum,

Harini saya nak tunjuk bagaimana rupanya Bow Tied Ruffle Blouse dipakai dengan skirt panjang. Ramai sungguh yang bertanya samaada saya jual skirt tu ataupun tak? Jawapannya...tak. Saya jual blouse dan anak tudung sahaja(selendang pashmina tu dah sold out). Saya dah cuba pakaikan tudung empat segi tapi bagi saya, macam kurang sesuai.

Hope you guys are having a lovely day!

OOTD: To tuck or not to tuck? Muslimah fashion

$
0
0
Stail yang mana menjadi pilihan anda?
Berdasarkan komen-komen yang dibuat di Facebook,  ramai yang memilih gambar yang kedua. 

Which one looks better? 
Based on the comments on Facebook, many have voted the second picture as the best Muslimah style. 
The outfits for the both pictures are the same.


OOTD: Maxi Dress Lengan Panjang (Muslimah fashion)

$
0
0
Outfit
The main today's outfit is the long sleeve maxi dress. Wear it with brown vest and boots. The hijab scarf is Tudung Bawal Printed. Don't forget to wear a belt to to embellish your outfit.

I really like this outfit, what do you think? :)

Hijab Tutorial: Selendang Labuh macam Heliza

$
0
0

Sudah lama saya mencari cara memakai tudung seperti gambar diatas dan selepas beberapa kali mencuba, saya dapati teknik tersebut memerlukan 2 helai tudung.  



Disebabkan saya nak menggunakan sehelai selendang sahaja, saya pun cuba teknik seperti di atas. Teknik diatas saya ambil dari video tutorial saya yang terbaru. Rasanya kalau tengok video lagi jelas dan mudah nak faham, kan:) Saya tunjukkan dengan lebih teliti supaya semua dapat ikut apa yang saya tunjukkan. Video pun tak sampai 4 minit dan saya tak bercakap langsung dalam video ni...hehe!!

Penting(Important): Gunakan selendang yang bidang besar. Selendang yang bidang kecil mungkin tak akan dapat hasil yang kita inginkan.



Selamat Mencuba!!
(^___________________________^)

Fesyen Baju Raya dari suratkhabar

$
0
0

Minggu lepas, saya agak terkedu bila baca bahagian ni di suratkhabar. Katanya, ni salah satu fesyen aidilfitri a.k.a hari raya nanti. Tapi skirt dia cantik! ^_^ ... yang dipanggil "tudung" atau "hijab" yang membuatkan saya berfikir panjang.

Trans: Muslimah fashion style for this coming eid(taken from local newspaper). I'm just...speechless because Malaysia is a hot country but the skirt is beautiful, though.


Selamat Berpuasa ^_^

OOTD: Eid Outfit a.k.a Baju Raya

$
0
0

Sekejap je masa berlalu dan rasa baru je semalam sambut raya tahun lepas(^_^). Disebabkan harini kita menyambut hari raya, OOTD mestilah berkaitan dengan hari raya juga. Biasanya kalau baju hitam, kebanyakan orang akan pakai kasut ataupun beg yang serba hitam juga, kan. Apa kata kita tambahkan sedikit warna terang seperti beg, kasut ataupun tudung yang berwarna terang supaya penampilan raya kita nampak ceria sikit. Bagi saya, "pink dan hitam" merupakan pasangan warna yang sangat menarik dan menyerlahkan seri pada penampilan kita. Kalau tak suka pink, warna merah pun sesuai jugak.

Dikesempatan ni juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf jika ada terkasar bahasa ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.

Apa pula warna baju raya anda pada tahun ni?
(^______________________^)

Hijab Tutorial: Tudung Bawal/Square Scarf

$
0
0

Bagi sesiapa yang tak perasan, saya dah upload video tentang pemakaian tudung ni =D
 

Tips: Untuk kelihatan lebih menarik, pastikan tudung yang bersaiz kecil mempunyai warna dan corak yang lebih kurang sama dengan pakaian kita.

Saya buat video macamni sebab rasanya bukan saya seorang yang kadang² rasa agak susah nak mengikut cara pemakaian tudung yang ditunjukkan di majalah. Kali ni saya cuba tunjukkan cara pemakaian dua tudung empat segi. Sila lihat video diatas untuk melihat cara pemakaian tudung ni dengan lebih mendalam. Kalau tak faham, tinggalkan soalan di "comment box" ye. Disebabkan sehingga harini saya tak dapat satu komen pun, saya anggap orang yang lihat video ni faham apa yang saya tunjukkan. InsyaAllah cara pemakaian tudung lain akan ditunjukkan minggu depan(^___^).


Klik dan "subscribe" mana² link dibawah ni dan jadilah orang yang terawal yang tahu tentang video terbaru yang saya akan upload nanti...

Tudung Bawal Printed & Hijab Tutorial

$
0
0

Berapa ramai yang baca blog ni masih pakai tudung empat segi? Masih ramai lagikah yang pakai tudung bawal? Walaupun terlalu ramai yang menjual tudung selain tudung empat segi, saya lebih suka memakai dan menjual tudung empat segi daripada jenis tudung yang lain.

Berbanding dengan selendang, kain tudung empat segi mestilah ringan supaya ianya senang dibentuk. Jadi, pilihan kain pun amatlah terhad. Kain selendang pulak ada banyak pilihan tapi lagi berat kain selendang, lebih selesa memakainya. Tudung empat segi pula...lebih ringan kain, lebih senang tudung dibentuk. Tapi material kain mestilah jenis kesat. Kalau licin, memang susah nak dibentuk.

Kalau anda selalu jenguk online shop saya, mesti pernah nampak(atau bagusnya...kalau pernah beli :P) "tudung bawal printed" yang bersaiz kecil(40 inci) yang saya masukkan dalam kedai online saya. Saya ingatkan tudung ni kecil sangat tapi bila dipakai, oklah pulak(merujuk gambar diatas-tudung yang dah menjadi hakmilik saya). Ramai kata saya nampak "petite" di gambar. Tapi sebenarnya tinggi saya sederhana... 'average' tinggi perempuan di Malaysia. Contoh tudung dalam gambar dibawah ni sama saiz dengan tudung yang saya pakai tapi corak ni banyak dah sold out.




OK, untuk minggu ni, saya masukkan koleksi tudung bawal printed yang baru. Tapi apa yang menarik tentang tudung yang saya baru masukkan minggu ni, tudung bawal printed ni saiz lebih besar dan kainnya lebih elok daripada tudung yang sebelum ni.


  • Cotton Square scarf- 45" X 45".
  • Made of light weight, soft cotton fabric.
  • The fabric is non slip, breathable, and very comfy to wear.
  • Care: Hand wash.
  • Buy at: FadzBiz.com 
  • Harga masih berpatutan... RM15 jek ^_^

Kalau ada yang nak tengok hijab tutorial menggunakan tudung ni... boleh tengok video dibawah ni. Boleh jugak tengok material kain tudung ni dengan lebih dekat.



Ada tak tudung empat segi yang anda suka sangat pakai tapi susah nak jumpa atau dah tak jual lagi?


Updated: Change your loyalty points to discount voucher

$
0
0

Today,  I want to show you(especially to my loyal customer) step by step on how to change your loyalty points to discount voucher. As you might know, you'll receive a loyalty points once you made a purchase RM10 or more. These points can be used on your second purchase at Fadzbiz.C0m.There is no limit on how many points you can earn BUT you must use it before the expiration date.




Step 1: Login and click the "My Account" link.



Step 2: Click "My Loyalty Points" link


Step 3: Click the link as shown above(the amount is based on your order)

Step 4: Click "OK" if you want to get the voucher code.


Step 5: Copy the code



Step 6: Purchase any items on the site or click the cart icon if you have placed your order.




Step 7: On the checkout page, paste your voucher CODE in the code box and click the "ADD" button. Then, make sure your voucher code is written in the invoice.



That's all. Hope this helps and happy shopping! (^_^) 


If you have requested and received the voucher code from us before 8th September, 2012(not from "loyalty points" page), please email us before placing your new order.

**Please note that your loyalty points will expire within 1 year after your order has been shipped/dispatched.

Viewing all 95 articles
Browse latest View live