Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all 95 articles
Browse latest View live

Fesyen Muslimah: Tudung Bawal Printed Polka Dots

$
0
0
Kali ini saya tak mahu tunjukkan cara memakai tudung/hijab tutorial tapi saya nak tunjukkan pakaian apa yang sesuai dipakai dengan tudung diatas. Rasanya selepas ni saya kurangkan tutorial "cara memakai tudung" sebab stail tudung yang saya suka sangat simple dan kalau kerap buat tutorial, rasa macam ulang balik cara yang sama jek. Jadi, harini saya nak buat kelainan sikit ^_^...

 Stail #1: Jika tudung polkadot berwarna neutral(coklat), jangan takut memakai pakaian yang berwarna 'garang' seperti merah ataupun jingga.


Stail #2: Pilih pakaian yang mempunya corak yang kurang menonjol(contohnya lace yang 'simple') daripada tudung yang bercorak penuh.


 Stail #3: Jangan sesekali memakai pakaian yang mempunyai corak polkadot yang lebih besar daripada tudung. Pilih corak polkadot yang lebih kecil supaya coraknya nampak lebih seimbang.


Stail #5: Jika nak selamat, pilih pakaian berwarna hitam ataupun putih =D



Tudung bawal printed ini mempunyai 10 warna dan jika berminat, boleh lihat semua warna di SINI. Selagi stok masih ada(kalau gambar tak keluar, maknanya sudah kehabisan stok).

Subscribe!

Pashmina Pastel Shawls

$
0
0
  •  Item: Pastel pashmina shawl. The fabric is soft and NOT as thick as an average/original pashmina. 
  •  Material: Pashmina.
  •  Size: Approx 57cm x 182cm.
  •  Price: RM23 each

 Shop: http://www.fadzbiz.com/shop/9-pashmina (while stocks last)










Jangan lupa masukkan voucher code "PASH123" untuk mendapatkan diskaun 10% sehingga 22 Oktober 2012 sahaja (^_^).

Printed Chiffon Shawl

$
0
0
  •  Item: Printed Chiffon Shawl.
  •  Material: Non transparent and cool chiffon fabric(kain sejuk).
  •  Size: Approx 70cm x 175cm.
  •  Price: RM22 each!
 Shop: http://www.fadzbiz.com/shop/25-hijab-shawl (while stocks last)




Jangan lupa masukkan voucher code "FBSH4WL" untuk mendapatkan diskaun 10% sehingga 27 Oktober 2012 sahaja dan kumpulkan "loyalty points" sebanyak yang mungkin untuk mendapatkan lebih diskaun ^^

Bridal Wear-Underscarf

$
0
0

taken from HARMONI magazine, Malaysia


Assalamualaikum & Happy New Year ^_^,

Today I'm bringing you another new item... hand beaded underscarf. This underscarf is made of satin fabric. It is more widely used in Malaysian bridal wear. Available in different colors, easy towear, and fits all head sizes. If you're looking for something different for your wedding hijabs, I'd say try this undersacrf :)



These underscarves(more than 10 colors) will be updated by the end of this week, InshaAllah. Please visit my official website to view more items.


Price: RM18/USD6 each

50% diskaun

[Fashion]Hijabs of the week #1(Tudung empat segi & Selendang)

$
0
0


Tudung yang digunakan:Tudung 2 in1 Square Scarf hijab
Harga: RM18


Tudung ini mempunyai 2 design yang berbeza dibahagian depan dan belakang. 

Saiznya 45" x 45" dan lebih besar sedikit daripada tudung bawal biasa dan boleh menutup dada dengan sempurna.

Terdapat lebih dari 10 corak yang available buat masa ini. Kalau berminat, bolehlah klik:


 Tudung yang digunakan:Two Tone Stretchable Shawl
Harga: RM23



Selendang ini jenis memeri 4 arah, kainnya tebal dan berat sedikit daripada selendang jenis kain memeri yang lain. Terdapat "studs" di hujung selendang(satu bahagian sahaja) dan apabila membentuk tudung, corak "studs" boleh diletakkan di depan atau dibelakang(jika tidak mahu "studs" kelihatan dibahagian depan).

Saiznya lebih kurang 22" x 62" dan boleh menutup bahagian dada dengan sempurna.
Terdapat lebih daripada 5 warna yang available buat masa ini.


Tudung yang digunakan: Pashmina Silk Shawl(2 tone)
Harga: RM25



Selendang pashmina ini jenis kain sejuk dan kelihatan berkilat sedikit daripada selendang pashmina yang lain dan mungkin sebab itulah ianya dipanggil pashmina "silk" shawl. Kainnya tidak jarang dan amat sesuai dipakai ketika cuaca panas ataupun sejuk. 

Saiznya 57 cm x 174 cm dan kecil sedikit daripada saiz selendang pashmina yang biasa yang mempunyai saiz yang amat besar.

Terdapat lebih dari 10 corak yang available buat masa ini. Kalau berminat, bolehlah klik:


**Jika gambar tudung yang dikehendaki tiada di fadzbiz.com, itu maknanya tudung tersebut telah out of stock. Harap maklum**

[SHOP] Two Tone Slip On Hijab

[SHOP] Tudung 3-tone Hijab

$
0
0



Kelebihan: Saya suka tudung yang senang dibentuk dan tak dinafikan bukan semua tudung bawal mudah dibentuk. Tudung ni kainnya tidak lembik dan warna tudung ni pun senang nak "match" dengan baju. Gerenti memang tudung ni senang nak dibentuk(^_^).

Kekurangan: Saiznya biasa...orang kata bidang 45 inci. Saya tahu ramai yang nak tudung 60 inci(atau saiz sebenar 55 inci) dan InsyaAllah kalau tudung ni ada sambutan dan ada permintaan, saya jual saiz tudung yang lebih besar.


Saya tunjukkan cara kebiasaan tudung ni dipakai.... Hijab Tutorialnya:





Terdapat 15 warna yang masih ada stok setakat ni. Sila rujuk online shop saya untuk mengetahui stoknya masih ada ataupun tak.


Warna yang paling saya suka dari koleksi tudung ini ialah:

Teringatkan saya pada aiskrim Paddle Pop... hihi!! (^_^)
Link tudung di atas: tudung warna paddle pop


Soalan yang selalu orang tanya mesti pasal harga. Ok, harganya RM20 sehelai. Stok sangat terhad. Mungkin boleh re-stock dan mungkin juga tak boleh. Harap maklum :)




Fesyen Orang Bertudung

$
0
0




Selepas Looklet sudah tidak beroperasi seperti biasa, agak susah untuk saya mencari website yang membolehkan kita mix & match pakaian ke model yang sebenar. Untuk sesiapa yang tidak tahu, saya sentiasa masukkan stail-stail pakaian untuk orang bertudung di Tumblr. Kalau nak sentiasa update, bolehlah jadi salah seorang "followers" saya di situ (^_^). InsyaAllah, setiap minggu saya akan update idea pakaian yang menarik mengikut tudung-tudung yang saya jual.

[Shop] Tudung Pramit yang baru

$
0
0






Semalam, saya dah masukkan kesemua tudung pramit dalam online shop saya(kalau tak boleh klik "Add to Cart", itu maknanya stok dah habis). Pada sesiapa yang tak kenal tudung ni, tudung Pramit ni tudung empat segi yang diperbuat dari kain Polyester(yang dicampur dengan kain kapas). Kain tudung ni tidak mudah berkedut walaupun kita lasak macammanapun dan kainnya agak susah nak jumpa dimana-mana kedai kain. Mungkin sebab tudung ni asal Italy, kualiti kain dia lain sikit. Kalau anda suka tudung empat segi, apa kata cuba pakai tudung ni. Saya tak boleh gerenti anda suka tudung ni sebab citarasa orang lain-lain, kan. Kalau ada yang berminat dengan tudung ni sekarang, orderlah cepat² selagi stok masih ada sebab stok tudung ni sangat² susah nak dapatkan yang baru. Termasuk poslaju, harga tudung ni hanyalah RM26 sehelai(ke semenanjung) dan kalau 5 helai atau kurang, harga poslaju tetap RM6 juga(ke semananjung sahaja ye). Kalau nak tahu harga pos dengan lebih lanjut, bolehlah baca "Delivery & Postage Costs". Saya suka tudung ni sebab kainnya sangat senang dibentuk(lebih senang dari tudung bawal) dan walaupun tudung ni saiz "medium", saiz sebenar ialah 46" x 46" dan saiznya agak besar daripada tudung empat segi biasa yang saya ada.


Ada tak tudung empat segi yang anda suka sangat²? Tudung tu ada nama tak? Kalau ada, saya pun nak tahu jugak tudung yang anda kata best tu (^_^).

Link kedai: fadzbiz.com



Tudung yang masih available... buat harini sahaja (>_<)... MUNGKIN (^_^)


[BLOG] DIY Hanger Tudung & Cara mengikat tudung di hanger

$
0
0




Bagi sesiapa yang "pemalas" sikit macam saya(>_<)... mesti anda selalu masukkan tudung ke dalam almari macam gambar kat atas ni, kan xD Tapi bila ada almari yang terlalu besar dan hanger terlalu banyak, apa kata kita cuba tips dengan mengikat tudung di hanger ^_^. Dengan cara ni kita dapat mencantikkan almari kita dan tudung yang kita nak guna pun senang nak dicari. Kalau nak cara ikatan yang kemas(bukan ikat mati macamtu jek), bolehlah tengok video yang saya letakkan kat bawah ni. Selain tu, cara membuat hanger tudung pun ada ditunjukkan sekali. Selepas hanger tudung kita dah siap, apa kata kita letakkan tudung² yang kita nak pakai untuk minggu tu sahaja. Jadi, sebelum pergi kerja, takdelah nak berfikir panjang dan membuang masa beberapa minit nak pilih tudung mana yang nak dipakai hari tu. Itulah tujuan sebenar hanger tudung yang saya buat...








Ada permintaan video DIY yang lain? Mesej saya kalau ada ye... Jumpa Lagi ^^

[Myself] Cara Saya Cuci Mekap...

$
0
0
Saya selalu dengar orang bertanya, selalu 'dengar' tapi jarang orang yang bertanya kat saya... "macammana nak bersihkan mekap sebelum solat ek?". Saya pun salah seorang yang selalu tanya soalan macamtu^^. Bayangkan kalau bekerja kat pejabat, memang jaranglah orang yang tak bermekap kat pejabat, kan. Tapi bila nak solat zohor, mekap MESTI nak dibersihkan. Biasanya saya nampak orang bersihkan mekap dengan cuci muka biasa. Tapi sesetengah mekap memang susah nak tanggal kalau kita mengharapkan cuci muka jek. Lagi satu masa keluar berjalan-jalan. Biasanya mesti kita keluar rumah seharian, kan. Lepastu muka kita mesti pakai mekap...tak pun sunblock. Walaupun pakai sunblock, muka kena dibersihkan sebersih-bersihnya sebab sunblock pun bukan senang nak tanggal.








Ada 2 cara menanggalkan mekap yang agak berkesan untuk saya:

Wet Tissue
Cara nak tanggalkan mekap: Kita lap seluruh muka dengan tisu ni sehingga takde kesan mekap kat tisu. 
Kelebihan: Kita boleh nampak kesan mekap kita sehinggalah kesan mekap dah takde kat muka.
Kekurangan: Memerlukan masa yang agak lama jika kita bermekap tebal dan kurang sesuai untuk orang yang mempunyai kulit sensitif. Kulit saya jenis kulit yang sensitif dan hanya satu brand je yang sesuai untuk saya setakat ni. =(
Komen: Seboleh-bolehnya beli wipe tissue yang ada 10 helai atau kurang dalam satu pek sebab wipe tissue ni cepat kering. 

Cleansing Oil
Cara nak tanggalkan mekap: Tekan pump sekali jek... lepastu ratakan minyak ke seluruh muka(pastikan tangan dan muka dalam keadaan kering). Lepastu basahkan tangan dan urut ke seluruh muka dan masa ni kita boleh nampak minyak ni bertukar seperti air susu. Akhir sekali, bersihkan muka dengan air bersih sambil mengurut muka.
Kelebihan: Jimat masa dan muka rasa sungguh segar.
Kekurangan: Harga sedikit mahal tapi berbaloi.
Komen: Pastikan cleansing oil yang kita beli sesuai dengan jenis muka kita. Walaupun menggunakan minyak, kulit akan menjadi sangat kering kalau kita guna cleansing oil untuk kulit berminyak.
 

Yang kerap saya pakai: Cleansing Oil. Botol ni dah nak dekat setahun pun ^^


Kalau ada cara tanggalkan mekap yang lain, let me know... saya pun nak tahu jugak xD

[SHOP] Diskaun sampai 50% untuk shawl!

$
0
0

Minggu ni saya buat sale untuk semua selendang yang terpilih dan diskaun adalah antara 20% sehinggalah 50%. Pendek kata, kebanyakan selendang diturunkan harga tidak lebih dari RM15!! Dua gambar diatas antara selendang² yang diberi diskaun dan hanya selendang terpilih sahaja yang diberi diskaun 50% ye.

Tolong beritahu kawan² atau share link website ni... FadzBiz.com di twitter, Facebook atau media sosial yang lain. Kepada sesiapa yang sudi kongsi diskaun ni bersama kawan², tolong klik banner yang ada gambar pashmina di sidebar blog ni... itu hadiah saya untuk anda. Terima kasih dan jumpa lagi...

(^______________________________^)

[MySelf] Pulihkan tenaga mental

$
0
0

























Kadang-kadang bila kepala terlalu serabut sampai badan rasa amat meletihkan, kita perlukan ruang untuk pulihkan tenaga mental kita balik. Salah satu cara nak pulihkan tenaga kita balik ialah kita pergi berjalan-jalan sambil melihat pemandangan yang menenangkan. Setahun sekali, itulah yang saya buat. Saya suka tengok ragam orang, tengok pemandangan yang cantik asalkan tempat tu tak menyesakkan kepala saya. Bagi sesiapa yang taktau ataupun sudah tau, Korea adalah salah satu tempat yang selalu saya lawati dan tak jemu untuk pergi ke sana lagi(>_<). Di sana, saya boleh berjalan dari pagi sampailah ke malam ke tempat² yang menarik memandangkan kemudahan awam kat sana tersangatlah mudah dan menepati masa. Selain tu, orang sana pun sangat² membantu walaupun kadang-kadang macam bercakap ala-ala "ayam & itik". Salah satu musim yang menarik kat sana ialah musim bunga dan saya boleh bayangkan orang sana tak sabar² nak tengok musim bunga sekarang.

Antara tempat² yang sarankan(di Seoul):
Yeouido Park
Nami Island
Korean Folk Village
Namsan Tower(kalau boleh berjalanlah sampai ke atas)
Cheonggyecheon Stream(boleh rendam kaki kat situ)
Palace(ada 5 palaces, pergilah sekurang-kurangnya satu palace)
Yonsei University ataupun Ewha Woman's University
Gunakan subway untuk pergi ke satu tempat ke tempat yang lain dan jangan lupa beli T-money. Kalau nak menikmati pemandangan musim bunga , pergilah dalam masa terdekat ni. Biasanya pertengahan April adalah minggu terbaik untuk tengok sakura mengembang dan bunga sakura biasanya bertahan seminggu sahaja. Harap² gambar-gambar saya kat atas ni memberikan rasa ketenangan dan bayangan di sana sedikit:)


Apa tempat menarik yang membuatkan anda nak pergi berkali-kali?



[BLOG] DIY: Underscarf / Anak Tudung

$
0
0






Sebenarnya, idea untuk membuat DIY ni dah lama... makan masa hampir beberapa bulan. Disebabkan tahun 2012 saya jarang buat video, idea untuk membuat video mengenai DIY ni asyik ditangguh. Selain tu, camcorder pun dah takde masa tu. Sekarang pun saya masih pakai video kamera dari kamera biasa je. Kalau guna kamera biasa ni... faham-faham jelah berapa "take" video yang terpaksa diambil untuk satu video DIY. Tapi disebabkan saya buat video untuk suka-suka, saya tak kisah sangat pun. Tapi rasa lega video ni dah dibuat sebab selagi tak buat, asyik terfikir bilalah nak buat... susah betul nak lupa hehe!!

Saya dapat tahu, kat luar negara(terutamanya negara yang mempunyai minoriti penduduk muslim)... susah nak dapatkan anak tudung. Ramai jugak yang bertanya, macammana nak dapatkan anak tudung yang selesa. Disebabkan itulah, saya dapat idea yang tak seberapa ni untuk buat DIY: Hijab Underscarf/Anak Tudung ni. Apa yang paling penting kena ada baju yang memeri(paling bagus kain T-shirt), kain untuk bahagian kepala dijahit ke dalam anak tudung dan kena tahu sendiri saiz kepala yang selesa untuk kita. Dengan adanya tiga perkara tu, boleh membuatkan kita rasa selesa semasa memakai anak tudung.


Untuk lebih lanjut, tengoklah video ni:


Sesiapa yang pakai anak tudung syria, anda suka pakai kain cotton(T-shirt) ataupun kain lycra?


[Blog] OOTD Fesyen Muslimah #10

$
0
0
Fesyen Muslimah
Gaya #1


Maxi Dress & Tudung
Gaya #2


Fadzbiz.com

OOTD harini kita menggunakan selendang Printed Chiffon Shawl 009 sebagai tudungnya. Selendang ni saiznya lebih lebar daripada selendang biasa dan kain chiffonnya jenis yang tahan lasak dan tidak mudah berkedut walaupun yang memakainya jenis lasak dan tak boleh duduk diam =D Buat masa ni, selendang ni sangat terhad dan saya harap takde yang kecewa kalau selendang ni dah sold out. Minta maaf sangat² kalau dah sold out(ketika blog ni ditulis, selendang ni masih lagi available).

Gaya mana yang menjadi pilihan?

Gaya #1:
Baju blouse chiffon + Sarung lengan + Seluar Jeans + Army Boots + Printed Chiffon Shawl 009


ATAUPUN


Gaya #2
Maxi Dress + Jacket + Printed Chiffon Shawl 009



Join us:

[SHOP] Tudung Silk Square Scarf Hijab

$
0
0










  •  Square scarf- 43" X 43".
  •  Made of lightweight silk + polyester.
  •  The fabric is non slip, breathable, and very comfy to wear.
  •  Price: RM22 each!

Tudung ni terdapat 8 jenis warna dan corak dan setiap corak mempunyai kurang daripada 5 helai. Jika berminat, klik link online shop saya di sidebar sebelah ni dan jangan terkejut kalau nampak ada sesuatu yang "memeranjatkan" selepas klik banner kat situ... hehe!!

Happy shopping!
(^______________^)

[Blog]Tudung Hijab Giveaway #1

$
0
0
giveaway



ataupun klik...
Rasanya sudah lama kami tidak membuat giveaway dan disebabkan sudah lama tak buat, kami ingin membuat giveaway tiap² hari Jumaat pada bulan Mei ini. Sesiapa pun boleh menyertai giveaway ini tapi dengan syarat, anda hendaklah klik "like" di facebook page kami supaya mudah untuk kami menghubungi pemenangnya nanti. Pemenang akan diberitahu di facebook, twitter dan di blog ini. 

Untuk giveaway yang pertama ni, anda hendaklah "login" form di atas. Seorang pemenang akan dipilih pada hari Khamis/Jumaat hadapan sebelum giveaway yang seterusnya dibuat. Sila beritahu kawan-kawan anda untuk menyertai giveaway ini. Kerjasama anda amat dihargai (^____^).

**Giveaway yang pertama ini hanya dibuka pada sesiapa yang tinggal di Malaysia sahaja**


Join us:

[DIY] Tips bagaimana untuk mengubahsuai tudung lama menjadi baru

$
0
0


DIY Hijab Tudung

Biasanya orang yang bertudung mempunyai lebih tudung daripada baju sebab tudung senang dibeli dan tidak memerlukan kita berfikir panjang untuk beli jika harga tudung tersebut murah. Disebabkan sentiasa membeli tudung, kita kadang-kadang tak perasan yang tudung kita dah penuh satu almari. Ada dua cara nak mengurangkan tudung yang kita ada... menderma ataupun mengubah tudung tersebut nampak baru.

Saya nak tunjukkan cara macammana nak mengubah selendang lama nampak baru(seperti yang ditunjukkan dalam gambar diatas). Kalau kita suka pakai selendang, memang tak sah kalau takde selendang chiffon plain, kan. Yeah, untuk membuat tudung yang ditunjukkan diatas, kita memerlukan tudung yg kainnya tak panas sebab kita akan menjahit 2 lapis tudung.

DIY hijab

Pastikan selendang yang kita ubahsuai ni kainnya tak panas. Jika menggunakan kain panas, selendang tu masih boleh dipakai tapi pakai di negara sejuk je ye (^__^). Kalau pakai kat Malaysia, tak pasal² kena migrain pulak nanti.

Last Update: Tudung 2 in 1... belakang lain, depan lain

$
0
0



Apa yang best tentang tudung ni?
Tudung ni mempunyai corak yang berlainan di bahagian depan dan belakang. Walaupun coraknya ada dua, kainnya hanyaselapis(cotton lembut yg mudah dibentuk), tidak "transparent" dan tidak panas(sesuai dengan cuaca di negara kita). Ia hanya menggunakan kain yg sama dan bukannya dua helai kain seperti yang kita selalu bayangkan untuk membuatkan corak setiap bahagian berlainan.

Apa saiz tudung ni?
Tudung ni hanya ada satu saiz sahaja... lebih kurang 45 inci. Kalau tak boleh bayangkan macammana besarnya tudung ni, sila lihat gambar di bawah.
Cara pemakaian tudung di atas sama seperti cara pemakaian tudung segi empat biasa tetapi di bahagian kanan tudung dipinkan di bahu kiri. Saiz tudung ni bagi saya lebih besar sikit daripada saiz tudung bawal biasa.

Berapa harga tudung ni?
Hanya RM18 sehelai. Disebabkan tudung ni mempunyai 2 corak... bayangkan kita hanya membeli 2 tudung dengan hanya RM18! ^__^

Stok banyak tak?
Disebabkan tudung ni sangat cepat "sold out", stoknya sentiasa terhad.

Kalau takde stok, boleh restock tak?
Biasanya TIDAK sebab setiap pengeluaran baru tudung ni akan mengeluarkan corak yang baru dan corak yang lama tidak akan dikeluarkan balik. Jadi, kalau berkenan mana-mana corak, cepat²lah grab sebab selepas tu mungkin tak dapat tengok corak tu lagi... hehe!

Mana nak beli?
Beli terus di website yang diberikan ni... http://bit.ly/RBCLu4


Viewing all 95 articles
Browse latest View live