Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all 95 articles
Browse latest View live

Gaya Muslimah #001

$
0
0
Salam Jumaat semua! Gaya muslimah minggu ini menggunakan warna ungu sebagai warna utama. Tudung opel shawl dipadankan dengan kemeja berwarna ungu, manakala skirt labuh pula berwarna putih supaya gayanya nampak sederhana tetapi ceria. Disebabkan warna utama gaya ini berwarna ungu, beg dan aksesori juga dipilih menggunakan warna yang sama. Mekap sederhana dengan menggunakan warna pastel dan natural menyerlahkan lagi penampilan peminat warna ungu ini.

Ada tawaran hebay dan menarik sebanyak 60% diskaun untuk tudung opel shawl. Selendang ini boleh dibeli terus di http://fadzbiz.com/muslimah/tudung-rm10  . Yeah...hanya RM10!!! Dapatkan cepat sebelum kehabisan stok!



Kata-Kata Hikmah Jumaat | Muhasabah Diri

$
0
0
Ingatan untuk diri sendiri yang memang sentiasa lupa...

► Apabila kamu teringatkan seseorang dengan kerinduan belum halal, perbanyakkanlah olehmu ISTIGHFAR (اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ).

► Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT 

(اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ).

► Apabila kamu ingin kelapangan hati dengan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan, lakukanlah SOLAT DHUHA secara rutin.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya”... Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

► Apabila kamu inginkan perlindungan, sembuh dari penyakit dan kekuatan hati, lakukanlah SOLAT TAHAJJUD sekurang²nya sekali seminggu.

Waktu solat afdhalnya antara pukul 3-5 pagi(Semenanjung) atau pukul 2-4 pagi (Sabah/Sarawak).

► Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa membaca ayat Kursi dan berada dalam keadaan BERWUDHUK.


AYAT KURSI 

Jom beli 3-color Striped Shawls

$
0
0
striped shawls

striped shawls 01

striped shawls 02

striped shawls 03

striped shawls 04
  • Selendang yang bersaiz biasa ini(70 inci x 30 inci) boleh dibuat sebagai tudung ataupun perhiasan. 
  • Yang membezakan selendang ini dengan selendang yang lain ialah jenis kainnya. Walaupun kainnya nampak agak keras tetapi sebenarnya kainnya agak lembut(tapi takdelah lembut macam sutera). Untuk lebih terperinci lagi, cuba lihat video dibawah ni:


  • Apa yang menarik tentang selendang ni ialah jenis kainnya yang agak susah nak jumpa sekarang ni. Walaupun nampak berlubang², sebenarnya kainnya agak tahan lasak dan tidak jarang sangat apabila dipakai sebagai selendang. 
  • Apa yang kurang menarik tentang selendang ni ialah kainnya agak jarang kalau dipakai satu lapisan sahaja(contohnya, kalau pakai tudung, tudung tu selapis sahaja). Pemakai tudung harus berhati-hati dan mesti pakai anak tudung! (anak tudung yang menutup leher sangat² digalakkan).
Contoh pemakaian selendang ini

  • Jenis² pembeli yang suka memakai selendang ni kebanyakannya yang jenis sudah bosan dengan jenis² kain tudung yang sentiasa sama dari penjual tudung yang lain dan selendang ni sangat sesuai dipakai dan disuaipadan dengan baju.
  • Jika berminat, boleh beli terus di fadzbiz.com (selagi stok masih ada memandangkan saya nak habiskan stok selendang ni). Boleh jugak emel terus ke fadzbiz[at]gmail.com :) Atau nak lebih mudah lagi, klik je link kat bawah ni dan klik "Add To Cart":
  1. Nak yg warna pink: http://bit.ly/1gv742X
  2. Nak yang warna putih: http://bit.ly/1gv78jd
  3. Nak yang warna hitam: http://bit.ly/1lMSBvy
  4. Nak yang warna biru: http://bit.ly/1noWiMf

    Jom beli 2-tone Pashima Silk Shawl

    $
    0
    0







    • Selendang yang bersaiz biasa ini(70 inci x 22 inci) cantik apabila dibuat selendang yang jenis beralun-alun sebab kainnya agak berkilat seperti kain silk.
    • Yang membezakan selendang ini dengan selendang pashmina yang lain ialah jenis kainnya. Kain pashmina biasanya panas dan tebal tetapi kain selendang ini lembut, tidak jarang dan sejuk. Material kainnya seperti kain 'cotton viscose'). Kalau tak boleh bayangkan kainnya macammana, sila tengok video dibawah ni:

    • Apa yang menarik tentang selendang ni ialah jenis kainnya yang agak berkilat dan warna '2-tone' nya yang nampak bersesuaian. Pemakaian tudung yang simple pun dah cukup memadai.  
    • Apa yang kurang menarik tentang selendang ni ialah kainnya mudah berkedut seperti kain cotton yang lain. Kainnya cantik tapi kena rajin menggosok:) Kalau nak bawa pergi travel, kena ingat seterika mesti ada. Kalau dari segi keselesaan, selendang ni sebenarnya sangat sesuai dibawa ketika melancong sebab kainnya tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk(dan tidak jarang). Sebabtu ayat "These pretty rectangular scarves are perfect for travel" ada dalam gambar yang pertama ^_^
    • Jika berminat, boleh beli terus di fadzbiz.com (selagi stok masih ada). Boleh jugak emel terus ke fadzbiz[at]gmail.com :) Atau nak lebih mudah lagi, klik je link kat bawah ni dan klik "Add To Cart":
    1. Nak yg warna kuning: http://bit.ly/1mxaO3s
    2. Nak yang warna turquoise: http://bit.ly/1jWPtBU
    3. Nak yang warna oren: http://bit.ly/1thdO53
    4. Nak yang warna biru: http://bit.ly/1in8XtZ

    Cara Menghafal Ayat Al-Quran yang berkesan

    $
    0
    0
    Tinggal 26 hari je lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan

    Menghafal surah Al-Quran bukan mudah jika tidak dilatih selalu. Sempena bulan Ramadhan yang akan muncul tidak lama lagi, mungkin ada diantara kita berniat untuk melakukan solat sunat dan perkara² sunat yang lain tidak lama lagi. Tak salah kalau kita nak buat solat sunat dengan membaca apa² surah pun selepas surah Al-Fatihah tapi lebih afdhal kalau kita baca surah yang digalakkan kita membacanya seperti surah Al-Kafirun, surah Al-Ikhlas, Surah As-Syams(solat Dhuha) dan surah Ad-Dhuha(solat Dhuha).

    Bagi yang belum menghafal surah² yang disebutkan tadi, cuba niatkan nak hafal surah tersebut supaya kita dapat buat solat sunat bukan sahaja di bulan Ramadhan tapi di bulan² yang lain jugak. Sebenarnya terdapat cara nak menghafal surah Al-Quran ni. Boleh lihat video dibawah ni untuk mengetahui cara menghafal surah Al-Quran dengan berkesan....


    Video pendek tentang cara menghafal Al Quran(sarikata dalam Bahasa Inggeris)




    Video panjang cara nak menghafal Al Quran(sarikata dalam Bahasa Indonesia)

    Selepas tengok video ni, tiba-tiba rasa bersemangat nak menghafal, kan? ^_^
    Good Luck!

    Tudung Singkat atau Tudung Labuh?

    $
    0
    0
    Tudung singkat vs Tudung labuh

    Tudung yang manakah yang paling sesuai? Tudung yang singkat atau tudung yang labuh? 

    Ada yang berminat dengan baju jenis macamni? Nampak selesa je bila tengok orang pakai baju jenis longgar macamni, kan. Tapi saya tak dapat membayangkan macammana rupa baju ni apabila dipakai dengan tudung. Jadi, semalam saya edit gambar baju ni sebab nak tengok jenis tudung yang manakah yang sesuai dengan baju comel ni. Rasanya tudung labuh lebih sesuai, kan? Kalau tudung singkat nampak macam "tak lengkap" je. Mungkin sebab tulah kita disyaratkan kalau berpakaian, pilihlah baju yang longgar dan dipadankan dengan tudung yang melepasi dada. Rupa²nya, itulah antara syarat wajib dan "cantik" untuk wanita bertudung.

    Boleh juga kalau nak tinggalkan pendapat "tudung singkat atau tudung labuh" di FB page saya. Baju ni saya dapat inspirasi dari SINI.


    Izabella Square Scarves VS Dubai Square Scarves

    $
    0
    0
    tudung terkini


    Izabella Square Scarf:
    izabella scarf tudung terkini
    Item: Izabella square scarf hijab. This scarf drapes perfectly, and does not slip. - See more at: http://fadzbiz.com/muslimah/tudung-terkini-izabella-square-scarf-001a#sthash.iYv4DKT2.dpuf
    Item: Izabella square scarf hijab. This scarf drapes perfectly, and does not slip.

    Tudung segiempat yang dinamakan "Izabella" ini mudah dibentuk dan dipakai. Kainnya tidak terlalu licin jika dipakai dengan anak tudung. Anak tudung yang dirasakan sesuai dipakai dengan tudung ini ialah White acrylic underscarf.
    White acrylic underscarf




    Size: Approx 45 x 45 inches.
    Size: Approx 45 x 45 inches.
    Size: Approx 45 x 45 inches.
    Size: Approx 45 x 45 inches.

    Saiznya seperti saiz tudung yang biasa... tidak labuh sangat dan tidak terlalu singkat. Yang pasti, tudung ni boleh menutup aurat. Sila tutup di bahagian yang perlu ditutup ketika memakai tudung ni ye :)



     photo izabella_zps5cc2d474.gif
    Material: Akel; Polyester.

    Nama tudung ni bukannya "Akel" tapi material kainnya lebih kurang sama.




    Dubai Square Scarf:

    tudung dubai tudung terkini
    This square scarf looks great as a hijab or with plain/solid outfit. Semi-sheer. Lightweight.

    Tudung segiempat yang dinamakan "Dubai" ini semuanya jenis bercorak. Kainnya seperti bawal tapi tidak jarang seperti kebanyakan tudung bawal yang banyak dijual kebelakangan ini. Kainnya lebih mudah dibentuk dan tidak licin. Kalau nak bandingkan dengan tudung "Izabella", tudung ni lebih "terletak" apabila dipakai.


    tudung dubai jahitan tudung
    Size: Approx 45 x 45 inches.

    Saiznya lebih kurang sama seperti tudung "Izabella"...


     photo dubai_zpsd9348c2a.gif 
    Fabric: Cotton/Voile; handwash.

    Material seperti tudung bawal tetapi tudung ini tak sejarang kain bawal. 


    Harga kedua-dua tudung ni hanyalah RM15 setiap satu. 

    Jika berminat, terus beli di fadzbiz.com.

    Jangan lupa kumpulkan points... boleh beli tudung ini secara percuma setelah kumpul 15 points sahaja. Yeah... 15 points sahaja! :)

    Online Shop Ditutup Buat Sementara Waktu

    $
    0
    0
    Assalamualaikum,

    Saya ingin meminta maaf online shop saya ditutup buat sementara waktu sebab stoknya harus dirombak balik semula. InsyaAllah fadzbiz.com akan dibuka semula sehari sebelum puasa. 

    fadzbiz.com yang berwajah baru ^_^


    Walaupun online shop saya ditutup, ebay shop saya masih dibuka dan kali ini saya membenarkan pelanggan dari Malaysia untuk membeli tudung² tertentu. Harganya semua dalam USD sebab saya masukkan barang dalam Ebay US. Saya akan menggunakan poslaju jika pelanggan dari Malaysia membeli dari ebay. Jadi, abaikan je syarat pos di Ebay tu ye. Yang itu hanya untuk pelanggan di luar negara sahaja. Harga tudung termasuk pos masih sama seperti pelanggan yang lain dan pembayaran MESTI dibuat melalui Paypal.


    Feedback dari pembeli saya di Ebay. Setakat ni 'positive feedback' dari pembeli² saya di Ebay 100%.



    Jika berminat, boleh lihat dengan lebih 'detail' di... ebay.com
    Tudung yang baru saya ceritakan pada minggu lepas pun saya letak harga semurah $0.99 sehelai untuk dibida. Nak dekat raya ni, buatlah pilihan yang bijak ye :)


    Saya ingin meminta maaf jika ada kekurangan dan tidak puas hati dengan setiap pembelian yang dibuat sebelum ini. Sesipa yang menegur, terima kasih saya ucapkan sebab kadang-kala saya tak sedar kesilapan saya. Semoga ibadat puasa kita nanti adalah ibadat yang paling indah dan diberkati Allah. 


    Terima kasih...


    5 'M' yang anda perlu tahu tentang tudung syria ini

    $
    0
    0








    Ada 5 "M" yang anda perlu tahu tentang tudung ini:

    1. Mampu milik... mungkin bagi sesetengah orang "terlebih" mampu milik kot memandangkan kebanyakan tudung² sekarang lebih mahal daripada baju.
    2. Mudah terletak... kainnya tidak licin tetapi sejuk(cotton T-shirt yang sejuk dan tak terlalu tebal).
    3. Menjimatkan masa... sarungkan anak tudung dan tudung sahaja. Tak perlu nak melilit² atau lilinkan tudung.
    4. Mengurangkan stress... tidak memerlukan pin. Pin yang kecil² ni kan senang hilang huhu!
    5. Menutup aurat... tudung ni agak labuh(sila lihat gambar dibawah sebagai contoh).


    Harga tudung ni RM18 sehelai. Belum termasuk poslaju lagi. Kalau termasuk poslaju, harga untuk sehelai tudung ni ialah RM24 untuk semenanjung atau RM27 untuk sabah/sarawak. Tapi kalau teringin nak beli semua(ada 4 warna sahaja):

    Jumlah= 4* RM18 = RM72

    Harga pos pulak masih sama seperti membeli sehelai tudung... RM6 untuk semenanjung atau RM9 untuk sabah/sarawak. Jimat, kan? ^_^

    Kalau berminat, klik je link online shop kat banner sebelah ni dan klik "Tudung Syria". Kalau bernasib baik, InsyaAllah stok masih ada lagi.


    p/s: Untuk makluman semua, online shop saya dah dibuka dan boleh membeli seperti biasa.

    Selendang: Kabbaj Shawl

    $
    0
    0


    Hi everyone!
    Kali ni nak ceritakan dan terangkan sedikit tentang selendang ni... Kabbaj Shawl. Selendang ni berasal dari Morocco dan terdapat tiga jenis warna sahaja. Kainnya seperti tudung Donatello... diperbuat dari polyester yang nipis tapi tidak jarang(boleh tengok kualiti kainnya di gambar yang terakhir sekali... gambar tu tidak diedit dan itu warna yang sebenar untuk warna "dark blue"). Sekarang ni hanya tinggal 3 warna sahaja dan stoknya sangat terhad. Disebabkan sangat terhad, boleh emel terus ke fadzbiz[at]gmail.com jika berminat ye.

    Sila copy paste dan isikan detail di bawah ni sebelum hantar emel, ok...

    Saya berminat untuk membeli....
    Item:
    Warna:
    Kuantiti: 
    Nama:
    Alamat:
    Hp No:

    Saya bersetuju order saya akan dibatalkan selepas 3 hari jika tiada pembayaran dibuat. Terima kasih.

    OK, harga selendang ini selepas diskaun= RM28 sehelai.
    Harga poslaju untuk 1-5 helai= RM6(semenanjung)/ RM9(sabah/sarawak).

    Berpatutan, kan? ^_^

    OK, stop disini dulu... InsyaAllah entri yang akan datang akan diterangkan bagaimana caranya nak pakai selendang macam ni pulak:



    How to wear Kabbaj Shawl Hijab?

    $
    0
    0




    Tutorial ini sesuai dilakukan menggunakan selendang yang besar seperti Kabbaj Shawl ini.  Sesiapa yang dah membiasakan diri memakai tudung labuh mesti ada satu sikap yang agak peka tentang pemakaian tudung, kan. InsyaAllah tutorial ini bermanfaat untuk yang biasa memakai tudung labuh juga.

    Tutorialnya agak ringkas... boleh ikut steps dibawah ni:



    SIAP!!

    Untuk mengetahui lebih detail tentang shawl ini, boleh lihat pada entri sebelum ini.

    p/s: Rasa macam nak buat video tentang pemakaian tudung ni pulakla... :P

    Friday Faves: Doa, Resepi, Cincin dan Jahitan

    $
    0
    0

    Salam Jumaat,

    Pagi jumaat ni bersemangat pulak nak update blog. Tapi kali ni tak update pasal tudung tapi nak kongsikan serba sedikit perkara² yang diminati yang dibuat pada minggu ni.


    Favorite Doa: Doa supaya tetap mendirikan solat


    Walaupun kita rasa mungkin diri kita tak pernah tinggal solat, doa ni pun amat banyak kelebihannya kalau dibaca selalu. Terfikir... mungkin sampai satu masa nanti kita dalam kesukaran untuk bersolat, dengan selalu praktikkan doa ni, InsyaAllah segalanya akan dipermudahkan.


    Favorite Recipe: Takoyaki


    Nak cuba resepi kat bawah ni hujung minggu ni ^_^



    Favorite Ring: Vincci's accessory

    Jarang pakai cincin(boleh dikatakan dah sampai tahap tak pakai cincin langsung) tapi cincin ni buat rasa terpikat pulak nak beli. Harga RM29.90 satu... ketiga-tiga cincin ni sudah dilekatkan dan tak dijual berasingan... 3 in 1 gitu. Terdapat dalam warna silver dan gold.


    Favorite Thing to Sew: Inner lengan
    Terfikir untuk menjahit inner lengan sebab rasa sedap pula pakai inner lengan yg hitam ni(seperti dalam gambar). Lagipun banyak lagi lebihan kain dalam kotak yang rasa sayang nak buang.


    P.S: Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-57 dan selamat berhujung minggu ^_^

    Friday Faves: Kata-kata

    $
    0
    0
     Kata-kata 'favorite' untuk hari ini: 




    Kata-kata #1:

    Selalu dengar ustaz kata... apa yang difikirkan oleh seorang lelaki tidak sama dengan apa yang difikirkan oleh seorang perempuan. Kalau jumpa seorang lelaki yang dikenali yang tiba² buat sombong, tidak memandang dan tidak menegur... bersangka baik jelah ye. Macammana nak bersangka baik? Baca dan fahamilah kata-kata 'favorite' kat atas ni. 



    Kata-kata #2
    Kata-kata ni rasanya lebih sesuai untuk kaum perempuan. Kalau orang lelaki, lebih elok luahkan saje ^_^



    Kata-kata #3

    Sangat setuju dengan kata-kata ni...



     Kata-kata #4

    Bila hati berbolak balik...

    History

    $
    0
    0
    Saya tulis blog ni sejak tahun 2008. Yeah... ini bukan entri blog yang pertama tapi entri blog yang sebelum ini terpaksa disimpan sebab nampak kurang sesuai untuk ditunjukkan pada zaman sekarang. Bukan sebab isi kandungannya tak senonoh tapi terlalu banyak entri dah 'ketinggalan zaman'. Siapa yang tulis entri sebegitu? Orang yang sedang menulis blog entri ni lah... hehe!!

    Dulu susah betul saya nak dapat idea menulis. Selepas berbulan-bulan menyepikan diri buat sementara waktu, waktu itulah jugak saya mencari jawapan kenapa saya ada satu perasaan yang buat saya sangat 'down' dengan perkara yang saya amat minati sebelum ini. Lama-kelamaan saya dapat jawapannya dan bermula awal oktober ini saya mengubah segalanya mengikut apa yang saya sukai. Baru saya sedar, sebab terlalu mengikut rentak peniaga lain yang suka promote barang terus ke blog dan cara perniagaan yang membuatkan saya kurang berminat(tapi saya paksa diri saya buat), itulah punca sebenarnya kenapa saya rasa sangat 'down'. Kepada orang yang selesa berniaga macamtu, teruskanlah apa yang anda suka tapi saya baru sedar minat saya bukan ke situ.

    Selepas membuat pelbagai penelitian dan pembacaan, barulah saya faham apa yang saya minat nak buat dalam perniagaan saya ini. Saya tak akan tinggalkan peniagaan tudung saya tapi saya nak ubah konsepnya mengikut citarasa saya. Mungkin saya tak fokus pada tudung sahaja tapi fokus benda lain yang masih berkait rapat dengan tudung.

    Maafkan saya kalau ada kesilapan atau kekurangan sebelum ini dan disebabkan esok kita akan menyambut hari raya haji, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha pada semua pembaca blog ini. Semoga 'pengorbanan' saya ni berbaloi dan dapat memberi manfaat pada semua, InsyaAllah.

    Gambar ini diambil semasa saya menyambut Hari Raya Haji di Indonesia. Bagi orang sana, bawa kambing atas motor ni perkara biasa tapi bagi orang yang tak biasa, terfikir jugak macammanalah kambing tu boleh dok diam je, kan... haha!!


    Nak tengok banyak gambar, joinlah instagram fadzshop: http://instagram.com/fadzshop


    Grape Scarves | Special Edition

    $
    0
    0
    grape scarves

    Skaf/selendang ini dibuat selepas mendapat inspirasi daripada selendang yang berbentuk anggur yang dilihat dari salah satu online shop yang amat terkenal di luar negara(sebenarnya saya dah tak ingat nama website tu). Idea membuat skaf ini sebenarnya untuk suka-suka dengan niat ingin mencuba membuat "anggur" pada satu selendang sahaja. Selepas selesai membuat 'anggur' pada satu selendang, tangan ni gatal pulak buat 'anggur' pada selendang yang lain. Disebabkan boleh dikatakan semua selendang ni sudah diubah suai, rasanya eloklah kalau selendang ni dijual di bawah kategori "exclusive" di online shop saya; yang bermaksud ianya dalam kategori "handmade".






    selendang anggur

    anggur

    tudung anggur



    Apa yang kita perlu tahu tentang selendang ini:

    • Kainnya diperbuat dari kain lycra.
    • Bentuk anggurnya dibuat tanpa jahitan(tak guna jarum langsung).
    • Disebabkan tudung ni 'handmade', stoknya tak banyak dan banyak warna yang dah kehabisan stok.
    Nak tahu lebih lanjut, sila ke online shop saya ye(sementara stok masih ada). ^_^


    Tweet...tweet... kalau nak tahu update dengan lebih cepat. 
    Follow: 



    5 Cara Menyimpan Skaf Tudung Supaya Mudah Jumpa

    $
    0
    0

    Ada banyak tudung? Tak tahu mana nak simpan? Selalu susah nak cari tudung untuk dipadankan dengan baju walaupun rasa tudung tu ada? Disini terdapat 5 cara bagaimana kita nak simpankan tudung-tudung kita supaya nampak tersusun dan mudah dicari.




    1. Beli penyangkut yang dibuat khas untuk menyangkut tudung. Boleh beli di Ikea atau buat sendiri seperti di SINI.


    2. Gunakan tangga yang tidak digunakan lagi atau buat 'scarf ladder' sendiri. Cara membuat 'scarf ladder' ni boleh dilihat di SINI.



    3. Boleh gunakan cawan plastik dan simpankan tudung dalam cawan tersebut. Nampak lebih kemas kalau simpankan dalam laci. Cara membuatnya boleh lihat di SINI.



    4. Gulungkan tudung dan simpan dalam bakul mengikut jenis tudung.


    5. Paling senang, ikatkan tudung terus pada penyangkut baju dan kalau tak pasti macammana cara nak ikat tudung, boleh ikut cara dibawah ni...

     photo blog2_zpsbafe1033.gif 

    Tersusun + Mudah nak jumpa = GEMBIRA ^_^


    Kalau ada idea lain mengenai cara menyimpan skaf tudung, sila kongsikan idea ye. Jangan lupa 'add' kami di pinterest:http://www.pinterest.com/fadzbiz/pins/

    Outfit Ideas| Two By Two-Tone Scarf

    $
    0
    0


    Tudung selendang yang diperbuat daripada kain 'stretchable' ini terdapat dalam empat warna yang berlainan yang setiap helainya mempunyai dua tona warna yang menarik. Berbeza dengan tudung yang jenis plain/solid/satu warna, tudung yang mempunyai dua tona warna ini perlu dipadankan dengan pakaian yang coraknya 'simple' ataupun kurang dari tiga warna. Syaratnya lebih kurang sama seperti kita memakai tudung bercorak yang mempunyai pelbagai warna. Tapi tudung selendang sebegini, membuatkan kita nampak tidak melebih-lebih untuk diagayakan. Sesuai untuk muslimah yang suka dirinya kurang menonjol.

    Bagi sesiapa yang ada selendang ini tapi tidak tahu nak padankan dengan baju apa, gambar-gambar 'outfit ideas' dibawah ini akan memberikan idea pakaian yang sesuai dengan selendang tersebut.



    Ini adalah contoh 'outfit ideas' yang dipadankan dengan pakaian yang warna kontranya tidak lebih daripada 3 warna. Disebabkan warna selendang tidak terlalu kuat, pakaian yang berwarna pastel amat sesuai digayakan bersama selendang ini. Jika warna terang digunakan, warna selendang yang unik ini akan nampak serabut dan tenggelam.



    Contoh pemakaian tudung menggunakan Selendang Two By Two-Tone Scarf seperti yang ditunjukkan pada gambar yang pertama.



    Berminat dengan selendang ini? Tapi nak diskaun? Berita baik ni...

    Kalau anda pertama kali nak membeli di fadzbiz(dot)com atau TIDAK pernah menggunakan kupon kod '1st order discount' walaupun dah banyak kali membeli di sana... jangan lupa 'grab' diskaun 10% tu tau. Yup, kupon ini hanya boleh digunakan SEKALI sahaja:)
    Enjoy!

    Hijab Tutorial: Square Scarf for Beginners

    $
    0
    0


    Memulakan sesuatu yang baru kadang-kala membuatkan kita rasa teruja. Bila terlalu teruja, kita kadang-kala lupa macammana nak mulakan. Bagi yang dah lama memakai tudung, cara memakai tudung ini mungkin tak perlu ditunjukkan lagi kot. Tutorial ini memang khas dibuat untuk seseorang yang baru sahaja ingin mengenakan tudung dan memilih tudung empat segi sebagai tudung pertamanya. Jom kita tengok cara memakai tudung empat segi ni...



    Mula-mula sekali, lipat tudung empat segi ke bentuk segitiga seperti gambar dibawah:



    Kemudian ambil pin, pinkan dibawah dagu dan lipat tepi tudung seperti ini:



    Tarik tudung disebelah kiri ataupun kanan(ikut suka dan keselesaan) dan pinkan pada bahu yang bertentangan.


    Pastikan bahagian dada ditutup.


    Tarik tudung yang belum dipinkan ke belakang kepala dan pinkan seperti yang ditunjukkan didalam gambar:


    Ini adalah cara pemakaian tudung yang paling 'simple', yang tidak memerlukan masa yang lama, sesuai untuk semua jenis muka dan tidak panas. Semoga tutorial ini amat bermanfaat :)




    Suka tudung berwarna merah? Semua tudung merah sudah dikumpulkan di SINI. Jangan lepaskan peluang!

    Jom Share | Apa Itu Doa?

    $
    0
    0


    Dulu masa belajar, bila exam dah nak dekat memang tak sah kalau tak minta orang doakan kita supaya dapat keputusan yang bagus. Tetapi bila dah dewasa ni, tak sah kalau orang tak tanya "bila nak kawin?". Jawapan paling bagus untuk soalan tu, jawab je "doakanlah". Bila kita minta orang doakan, bukan sebab kita tak berdoa. Mungkin kita sudah bersungguh-sungguh berdoa tapi manalah tahu orang yang mendoakan kita tu yang membuatkan hajat kita dimakbulkan. Sebaik-baik hadiah adalah doa. Jadi, sentiasalah doakan yang baik-baik untuk orang yang kita sayang ❤. Jom kita tengok ayat-ayat yang 'best' mengenai doa....





    Berdoa itu maksudnya menyapa Allah.... bukan semata-mata meminta.


    Jangan malu-malu untuk berdoa perkara yang remeh temeh. Nak jadi orang baik... berdoalah. Nak jadi pekerja yang ikhlas bekerja kerana Allah... berdoalah. Nak mudah bangun 1/3 malam terakhir... berdoalah. Berdoalah walaupun rasa perkara baik itu mungkin tidak dipandang oleh manusia tapi Allah Maha mendengar :)


    Kuasa Doa!


    Takde tempat mengadu? Berdoalah ^_^


    Dalam bulan ni, saya akan masukkan ayat-ayat menarik mengenai doa dalam instagram saya. Sesiapa yang nak baca mengenai ayat-ayat yang memberi motivasi ini, bolehlah add fadzscarf dalam instagram. Semoga ayat-ayat ini membuatkan kita semakin bersemangat untuk berdoa.

    Cara Melonggarkan Anak Tudung Yang Terlalu Ketat

    $
    0
    0

    Anak tudung atau 'underscarf' merupakan salah satu aksesori yang wajib ada pada setiap orang yang bertudung. Tujuan anak tudung ini supaya tudung kita terletak dan tidak licin apabila dipakai. Selain itu, supaya rambut kita tidak mudah terkeluar daripada tudung. Anak tudung yang selesa juga sangat penting sebab jika tidak selesa, kepala akan rasa berat dan kemungkinan akan sakit kepala. Harini saya nak tunjukkan bagaimana caranya untuk melonggarkan anak tudung yang ketat. Biasanya anak tudung yang ketat ni adalah jenis anak tudung syria, kan? Lain orang, lain saiz kepalanya. Sebabtu ada yang pakai sedang elok, tapi yang lain rasa ketat pulak. Jom kita tengok bagaimana nak melonggarkan anak tudung syria ni...


























    Mula-mula pastikan bahagian 'face opening'nya.  Bahagian ini adalah bahagian yang kita masukkan muka kita.





    Kita akan ubahsuai di bahagian yang berjahit(di bahagian 'face opening' tadi). Kalau kita pakai anak tudung ini, bahagian berjahit ni terletak dibelakang leher kita.














    Dengan menggunakan penetas benang, kita tetas 1cm dulu. Lepastu cuba pakai anak tudung tersebut. Jika tak selesa, tetas 1cm lagi(ulang jika perlu) sehinggalah kita rasa selesa dengan anak tudung kita.












    Selepas kita dah cukup selesa dengan anak tudung kita, tarik lebihan benang tadi dan ikat benang tersebut sebanyak 2-3 kali.













    Gunting lebihan benang yang kita ikat tadi.















    Jika perlu, kita jahit sekali lagi di bahagian anak tudung tadi supaya jahitan anak tudung tu teguh.









    Dan biar nampak kemas.



    Walaupun trend tudung sekarang bermacam-macam gaya, anak tudung pun tidak ketinggalan mengikut trend. Tapi anak tudung syria masih menjadi antara anak tudung kesukaan saya jika saya memakai selendang. Jenis 'cotton' adalah antara yang paling selesa sekali sebab membuatkan rambut tidak mudah terkeluar dan kainnya kurang panas.

    Anak tudung apa yang menjadi 'favorite' orang sekarang? Jom kongsikan dengan tweet saya terus kat twitter ye.




    Viewing all 95 articles
    Browse latest View live