Quantcast
Channel: ALL ABOUT HIJAB and SCARF
Viewing all 95 articles
Browse latest View live

Cara Membuat Tudung ke Vest Dalam Masa 5 Minit

$
0
0

Ada tudung lama yang bertahun-tahun tersimpan dalam almari dan tak tahu nak buat apa dengan tudung tu? Biasanya tudung-tudung lama ni akan dibuat alas meja, alas kerusi ataupun digantungkan di dinding... itupun kalau corak tudung tu nampak eksklusif. Bagi yang rajin sikit, apa kata kita ubahkan tudung tu menjadi sesuatu yang membuatkan kita tak sangka yang itu tudung kita. Pendek kata, memang dah takde rupa tudung pun. Daripada tak pakai, apa kata kita tukarkan skaf tu jadi vest. Jom tengok cara-cara nak buat vest...




Bahan-bahan yang perlu disediakan:
  1. Tudung empat segi(45 inci ke bawah).
  2. Gunting
  3. Benang & Jarum untuk dijahit tepi. Kalau ada mesin jahit, guna mesin jahit jelah ye.

Mula-mula sekali kita akan buat ukuran dulu. Sebelum itu pastikan tudung empat segi kita tidak terlalu besar sebab nanti jadi macam maxi dress pulak. Paling sesuai saiz skaf bidang 45 inci ke bawah.

Kita anggarkan ukuran "A" ialah 5 inci(boleh ditukar ikut kesesuaian). Ukuran "A" amat berkait rapat dengan panjang ukuran vest kita.

Kalau nak tahu berapa panjang vest kita, ikut kiraan ini...
Panjang vest= Ukuran Tudung(Contohnya 40 inci) - Ukuran "A"

Ini pula contoh kiraan 'agak-agak' daripada tudung diatas:
Ukuran "B": 12 inci
Ukuran "C":  9 inci
Selepas diukur-ukur, saya anggarkan ukuran "Gunting": 13 inci

Ukuran "Gunting" adalah ukuran di bahagian ketiak. Kemudian, gunting pada bahagian yang ditulis "Gunting" tu. Tidak selari pun takpe sebab ini tak akan bagi kesan pun.



Hasilnya...



Tidak sampai 5 minit pun dah siap. Kalau ada tudung yang dah tak pakai lagi ataupun tudung tu ada rosak sikit, cubalah jadikan tudung tu sebagai vest. Seelok-eloknya jangan pilih kain yang terlalu ringan ataupun benang yang mudah menetas(contohnya, chiffon). Kalau guna kain macamtu pun boleh tapi PASTIKAN setiap bahagian yang digunting tu dijahit tepi. Selain itu, kalau nak buat vest yang bercorak yang selari, pastikan corak pada setiap bahagian adalah sama(kalau boleh elakkan bahagian kanan bunga besar dan bahagian kiri takde bunga). 


Di instagram(@fadzscarf), saya ada berkongsi beberapa tips dan video 15 saat mengenai cara memakai tudung, DIY dan macam² lagi. Gambar peribadi tiada disitu melainkan gambar tudung-tudung yang dijual. Itupun gambar-gambar tudung saya hadkan sebab tujuan buat instagram tersebut adalah untuk berkongsi tips. 'Follow'lah kalau sudi :)



Instagram Diary

$
0
0
Find me on instagram: @fadzscarf


♥ Photo editing time    ♥ Video: Baby Pin    ♥ Video: Pashmina scarves    ♥ Doa    ♥ OOTD
♥ Video: DIY Underscarf    ♥ Doa    ♥ Most Loved scarf    ♥ Video: Basic Loop scarf    ♥ Doa
♥ Video: Hijab Tutorial    ♥ Video: 2 by 2 scarves    ♥ Outfit Idea    ♥ Doa     ♥ Hijab Tutorial
Scarf Ladder    ♥ OOTD: Grape scarf     ♥ How to wash your scarf    ♥ OOTD: Eid Mubarak    ♥ Eid photo

Cara Memakai Tudung Square Scarf Yang Kecil(Tutup Dada)

$
0
0

Tutorial tudung kali ini memerlukan tudung empat segi yang bersaiz kecil. Tudung yang bersaiz kecil biasanya mempunyai panjang dan lebar kurang daripada 40 inci. Bagi sesiapa yang sudah menukar pemakaian tudung ke tudung yang lebih labuh tetapi sayang untuk membuang tudung lama yang bersaiz kecil, tutorial ini mungkin banyak membantu. Saya akan tunjukkan caranya secara teliti dalam video ini...

 

Tips: Untuk kelihatan lebih menarik, pastikan tudung yang bersaiz kecil mempunyai warna dan corak yang lebih kurang sama dengan pakaian yang dipakai.

Walaupun 'hijab tutorial' di dalam majalah nampak mudah, kadang-kala tekniknya sangat sukar dan melecehkan apabila kita buat sendiri. Ini juga salah satu sebab kenapa video ini dihasilkan sebab saya tertanya-tanya adakah pemakaian tudung dari majalah ni senang nak dibuat atau adakah gayanya secantik seperti yang ditunjukkan? Alhamdulillah... cara pemakaian tudung ini sangat mudah dan tidak ada banyak masalah yang timbul walaupun memerlukan 2 helai tudung.

Sila lawati online shop saya untuk melihat pelbagai saiz tudung empat segi dengan harga yang berpatutan. Tudung kecil pun ada juga :)

5 'M' yang anda perlu tahu tentang tudung syria ini

$
0
0

Tudung syria atau lebih dikenali sebagai 'Al Amira Hijab' di luar Malaysia merupakan salah satu tudung 'instant' yang mempunyai permintaan ramai. Saya suka tudung ni sebab kita tak perlu belit² tudung dan tak perlukan pin yang banyak. Kalau pakai pin pun, hanya nak pinkan dibawah dagu sahaja. Disini saya nak tunjukkan jenis tudung syria yang saya suka dan kenapa saya suka tudung ni....







Ada 5 "M" yang anda perlu tahu tentang tudung ini:
  1. Mampu milik... harganya tidaklah mahal sangat.
  2. Mudah terletak... kainnya tidak licin tetapi sejuk(cotton T-shirt yang sejuk dan tak terlalu tebal).
  3. Menjimatkan masa... sarungkan anak tudung dan tudung sahaja. Tak perlu nak melilit² atau lilinkan tudung.
  4. Mengurangkan stress... tidak memerlukan pin. Sesuai untuk orang yang tidak suka memakai pin ataupun selalu lupa tempat letak pin.
  5. Menutup aurat... tudung ni agak labuh(sila lihat gambar dibawah sebagai contoh).

Saya selalu sangkutkan dan siapkan tudung 'instant' macamni dekat dengan tempat simpan kunci rumah. Kalau posmen datang atau nak sidai baju di ampaian, sarungkan je tudung ini sebelum keluar. Tak sampai seminit rasanya dah siap.Itu kelebihan tudung ni kalau kita nak cepat. Dari segi idea untuk menggayakan tudung ini, sangat sesuailah kalau dipakai dengan baju yang agak labuh jugak seperti jubah, blouse ataupun dress labuh. Pastikan pakaian tu pun longgar juga ye.


Contoh 'outfit idea' bersama tudung syria. Pastikan pakaian nampak longgar.


Nak baca entri terbaru di blog ini dengan mudah dan pantas? 

Tudung Singkat atau Tudung Labuh?

$
0
0
Tudung singkat vs Tudung labuh

Beberapa hari lepas, saya ternampak sehelai baju yang mempunyai bentuk yang menarik dan menggunakan material kain yang nampak selesa. Bentuk baju yang menarik perhatian saya biasanya baju yang jenis longgar dan nampak 'sweet' di mata saya. Tapi tudung apa yang sesuai dengan baju yang saya berkenan tu? Tudung yang singkat ataupun tudung yang labuh? 


Saya pun buat perbandingan dengan mengedit gambar baju tersebut dan ingin melihat tudung yang mana sesuai.


Ini salah satu baju yang saya berkenan.

Saya menggunakan tudung Seed The Way Scarf in Black yang merupakan selendang yang saiznya lebih labuh dan lebih besar. Selendang jenis labuh ini membuatkan baju ini nampak lebih kemas dan menutup kekurangan pada baju ini terutamanya di bahagian pinggang.

Seed The Way Scarf in Black
Seed The Way Scarf in Black
Untuk tudung yang singkat, saya menggunakan selendang Brighten Up Scarf sebagai contoh. Apabila memakai tudung yang singkat ini, baju ni nampak kurang kemas dan bentuknya seakan-akan nampak lebih longgar dan lebih besar daripada saiz asal. Selepas dibuat perbandingan, tudung labuh lebih sesuai digayakan dengan pakaian yang jenis begini. Lebih menarik rasanya jika menggunakan vest untuk menutup kekurangan pada pakaian ini apabila memakai tudung yang singkat.


Pada pendapat saya, perbezaan tudung singkat dan tudung yang labuh:
  • Tudung singkat- Tidak menutup bahu, labuh tudung diatas paras perut, kain tudung mudah diselak dan nampak bahagian yang sepatutnya ditutup.
  • Tudung labuh- Menutup bahu, labuh tudung dibawah paras perut, kain tudung tidak mudah diselak dengan cara apa sekalipun dan cara pemakaiannya biasanya nampak lebih 'simple'. Yang paling penting tanya pada diri sendiri... "Boleh bawa solat tak dengan stail tudung macamni?". Kalau iye, maknanya tudung itu dah cukup labuh :)

Selepas ini kalau saya buat topik tentang 'tudung singkat vs tudung labuh' ini pada pakaian yang lain, harap² ada yang sedia maklum maksud sebenar tudung-tudung yang saya sebutkan tadi. Jika berminat dengan entri sebegini, jangan lupa hantarkan emel anda dibawah ni yang tulid "Subscribe for Updates'.

Pelukis² Yang Melukis Kartun Yang Bertudung

$
0
0


Suka tengok kartun? Menonton kartun merupakan salah satu hobi saya. Bila disebut sebagai hobi, bila ada masa terluang barulah saya dapat tengok kartun dan biasanya saya lebih suka tengok 'movie' daripada yang kisah bersiri sebab 'movie' biasanya sarat dengan pengajaran dan ceritanya pun dalam 1-2 jam sahaja. Pagi tadi terjumpa gambar dari movie 'Tangled' yang bertudung labuh(seperti yang ditunjukkan diatas). Selepas upload gambar tu di instagram, tiba-tiba saya teringin nak tahu siapa sebenarnya pelukis kartun-kartun bertudung di internet ni? Sehinggalah saya terjumpa satu website ni dan ini antara pelukis-pelukisnya...



Nayzak
Seorang lelaki tapi kebanyakan kartun perempuan bertudung yang dilukis semuanya menutup aurat dengan sempurna(seluar longgar, pakai skirt labuh dan berpakaian longgar). Dia berniat melukis sambil memberi impak positif mengenai Islam.



Yana8nurel6bdkbaik
Bila sebut namanya, kita boleh tahu dia dari Malaysia. Kartun-kartun yang dilukis kebanyakannya lukisan perempuan yang bertudung labuh. Sangat berbakat sampai kebanyakan lukisannya bagi inspirasi pada saya.




Fatimahzafira
Kebanyakan lukisannya sangat popular di internet sebab kartun yang dilukis mengikut trend tudung terkini dan mempunyai kisah disebaliknya. Selain itu, warna yang digunakan pun sangat sepadan dengan lukisannya.




Aitohana
Kebanyakan kartunnya bertudung merah... mungkin dia minat warna merah agaknya. Sayang sekali, pelukis ni dah berhenti melukis kartun wanita muslimah sejak tahun lepas. Kebanyakan lukisannya sangat popular dan sering di'curi' oleh orang lain.



Lukisannya tak banyak tapi kebanyakan lukisannya sangat-sangat comel seolah-olah kita tengok anak kucing. Ada kucing terselit dalam lukisan²nya.




Tak silap pelukisnya lelaki(orang Malaysia) tetapi setiap lukisannya ala-ala watak perempuan melayu terakhir dan mengikut trend tudung terkini.



Kalau nak tengok lukisan yang lain daripada pelukis-pelukis yang saya sebutkan tadi, klik link pada setiap nama pelukis diatas. Sebenarnya terdapat banyak lagi kartun sebegini di website tersebut tapi ini antara yang menarik perhatian saya. Jangan sesekali mencuri lukisan mereka dan buat hak sendiri sebab nak melukis kartun-kartun yang ditunjukkan ni bukannya satu kerja yang mudah.

Tips Muhasabah Diri

$
0
0
 
AYAT KURSI 
"Apabila kamu inginkan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu syaitan, hendaklah kamu sentiasa membaca ayat Kursi dan berada dalam keadaan BERWUDHUK".


Apabila kita berada dalam dunia yang serba canggih, kita kadang-kala terlupa tentang Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Kita terlupa apabila kita mendapat nikmat makanan yang sedap, ramai lagi di luar sana tidak mampu nak makan apa yang kita makan itu. Apabila kita mendapat nikmat kebahagiaan dari anak-anak dan suami, kita terlupa di luar sana ada orang bersungguh-sungguh memperbaiki diri dan berdoa semoga bertemu pasangan hidup yang boleh membahagiakannya. Sebenarnya, kedua-duanya sedang diuji. Orang yang dapat apa sahaja yang dia nak, mungkin Allah bagi ujian padanya rasa yang sentiasa tak puas dengan apa yang ada. Orang yang sentiasa tak dapat apa yang dia nak, Allah beri ujian dengan melambatkan permintaannya tetapi Allah berikan padanya rasa sentiasa cukup dengan apa yang ada. 

Saya terfikir mungkin sebab itulah orang beriman ini sentiasa diuji sebab Allah sayangkannya kerana biasanya manusia bila susah dan jatuh terduduk, barulah teringat Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang. Dibawah ini antara tips yang membuatkan kita sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada dan menjauhkan perbuatan yang dilarang.  Ingatan untuk diri saya sendiri juga yang memang sentiasa lupa...


► Apabila kamu teringatkan seseorang dengan kerinduan belum halal, perbanyakkanlah olehmu ISTIGHFAR (اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ الْعَظِیْمَ).

► Apabila kamu lupa tentang apa yg kamu pelajari, perbanyakkanlah SELAWAT 

(اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ).

► Apabila kamu ingin kelapangan hati dengan rezeki dan dipermudahkan setiap urusan, lakukanlah SOLAT DHUHA secara rutin.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya”... Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

► Apabila kamu inginkan perlindungan, sembuh dari penyakit dan kekuatan hati, lakukanlah SOLAT TAHAJJUD sekurang²nya sekali seminggu.

Waktu solat afdhalnya antara pukul 3-5 pagi(Semenanjung) atau pukul 2-4 pagi (Sabah/Sarawak).

 

Saya ada juga kongsikan tentang berdoa yang lebih menumpukan pada ayat-ayat yang membuatkan kita lebih bersemangat untuk berdoa dalam instagram saya. Sebenarnya, ayat-ayat tersebut lebih ditujukan pada diri saya sendiri. Kalau berminat nak baca, 'follow @fadzscarf" dalam instagram ye. Semoga bermanfaat. (^_^)

Cabar Diri Menjahit: 13 Jenis Baju Lengan Panjang

$
0
0


Buku diatas adalah salah satu buku jahitan dalam bahasa Jepun yang sudah dialihbahasa ke 'English'. Ini bukan buku biasa tetapi ini adalah buku jahitan yang disertakan sekali dengan 'pattern' baju dan cara menjahit. Buku Jepun ini telah mengubah hidup dan pemikiran saya daripada tak tahu menjahit(tetapi ada minat) sehinggalah boleh menjahit baju sendiri(walaupun belum begitu kemas lagi). Sebelum ini saya selalu gunakan pattern dari buku jahitan UK/US/Australia tetapi masalah selalu timbul pada saiz. Bila jumpa buku Jepun ni barulah dapat saiz yang betul-betul saiz orang Asia. Disini saya akan tunjukkan jenis-jenis pakaian lengan panjang yang sesuai untuk muslimah bertudung yang diambil dari buku ini dan buku jahitan Jepun yang lain.















Ini antara baju-baju lengan panjang yang saya berminat nak menjahit untuk diri sendiri. Buku ini bukan hanya tunjuk cara menjahit je, gambar-gambar dia pun boleh buat orang yang berminat menjahit menjadi bersemangat nak menjahit. Dari kesemua gambar yang ditunjukkan, hanya dua helai baju sahaja yang dah siap dijahit. 'Step' yang paling lama dalam buku ini ialah semasa kita kena lukiskan 'pattern' sebab lukisan pattern dia boleh memeningkan kepala jika tidak dilukis betul-betul.

Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini. Jika berminat, buku-buku jahitan ini boleh dibeli di Kinokuniya, Ebay, Amazon ataupun Etsy. Jangan lupa tengok saiz dulu sebelum beli buku jahitan Jepun ni sebab setiap buku mempunyai saiz yang berbeza.

OOTD: Blouse dan skirt panjang(Muslimah style)

$
0
0


Kainnya seperti satin tetapi lembut, terdapat dua jenis warna dan saiznya amat sesuai untuk orang yang bersaiz S atau M. Ini adalah serba sedikit penerangan tentang blouse yang saya tunjukkan diatas. InsyaAllah saya akan masukkan blouse ini ke dalam online shop saya pada bulan hadapan. Mari kita tengok secara teliti bagaimana rupa blouse ini dari dekat sebelum dijual pada bulan hadapan....













Saya suka blouse ini dipadankan dengan skirt labuh samaada blouse ini dimasukkan ke dalam ataupun dibiarkan terletak di luar skirt. Warna tudung pula sangat sesuai dipadankan dengan warna yang sama dengan warna kolar baju ini. Lepastu pakai kasut yang menutup jari kaki... SIAP!

Tapi seluar jenis apa yang sepadan dengan blouse ni? Jika ada idea atau pendapat, bagitaulah ye. Mungkin saya boleh buat seperti dalam gambar yang pertama tadi tapi memakai seluar pulak ^_^.

Kenapa orang perempuan mesti bersederhana(modest) dalam berpakaian?

$
0
0

Kata-kata hikmah pada minggu ini ialah:
"Modesty: is the crown of a Muslimah. Hijab forces a man to look at a woman with respect rather than as an object".

Atau dalam bahasa melayunya, pemakaian tudung boleh membuatkan orang lelaki akan memandang wanita dengan rasa hormat dan bukan sebagai objek. Tapi kenapa orang perempuan mesti bersederhana(modest) dalam berpakaian? Gambaran dibawah mungkin boleh memberi idea dan penerangan dengan lebih terperinci...


1. Untuk memelihara diri. Selain itu, memudahkan orang lelaki menundukkan pandangan mereka.


2. Sebab Allah sayangkan orang perempuan. Soalan yang biasa ditanya pada orang yang kurang memahami kenapa perempuan wajib menutup aurat:
“Perempuan bertanya: Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
“Lelaki menjawab: Islam mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik.
Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi?
Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?
Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan!
Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”


3. Apabila kita bersederhana dalam berpakaian, kita akan berasa tenang dan selamat. Ini antara tips bagaimana kita nak tahu pakaian kita 'modest' ataupun tidak:


Kalau nak selamat, biasanya jubahlah yang menjadi pilihan utama. Selain jubah, pakaian jenis apa lagi yang nampak sederhana ye?

Tips Menghafal Ayat Al-Quran Yang Berkesan

$
0
0
Kalau kita membaca Al-Quran setiap hati, keinginan untuk menghafal surah Al-Quran yang tertentu mesti tinggi. Menghafal surah Al-Quran bukan mudah jika tidak dilatih selalu. Sebenarnya terdapat cara khusus yang memudahkan kita menghafal surah Al-Quran. Video dibawah ni menerangkan cara bagaimana kita boleh menghafal surah Al-Quran dengan berkesan...



Video pendek tentang cara menghafal Al Quran(sarikata dalam Bahasa Inggeris)




Video panjang cara nak menghafal Al Quran(sarikata dalam Bahasa Indonesia)

Selepas tengok video ni, tiba-tiba rasa bersemangat nak menghafal, kan? ^_^
InsyaAllah boleh!

Hijab Tutorial: Tudung Labuh

$
0
0

Saya mula-mula berminat dengan tudung ini selepas melihat ustazah Nurhafizah Musa memakai tudung yang serupa dalam warna 'peach'. Tudung ini berasal dari Turki dan rasanya ramai yang tahu material kain tudung di Turki sangat berkualiti. Walaupun kain tudung ini seperti bawal tetapi kainnya tidak jarang, berasa sejuk dan tidak mudah kedut. Jom kita lihat bagaimana caranya memakai tudung seperti gambar diatas...



Mula-mula, pakai anak tudung yang anda rasa selesa.


Kemudian, pinkan tudung dan pastikan panjang di sebelah kanan dan kiri adalah sama.


 Pusingkan tudung di bahagian hadapan dan bawa ke belakang kepala. Bahagian di belakang dibiarkan dan tidak perlu diusik.


Bahagian tudung yang dibawa ke belakang tadi dibuka dan diletakkan di atas kepala seperti dalam gambar diatas.


Pinkan tudung



 Selepas dipin, pastikan satu bahagian diletakkan di hadapan dan satu bahagian lagi diletakkan di belakang.


Selamat Mencuba!!
 ^__^

Gaya Muslimah Dalam Seminggu

$
0
0
Pada minggu lepas dan minggu-minggu sebelumnya, saya ada memasukkan beberapa jenis gambar 'outfit ideas' dalam instagram saya. Saya rasa eloklah kalau saya kongsikan 'oufit ideas' tersebut mengikut hari dari hari Isnin sehingga hari Ahad.

{Isnin: Maxi Dress + tali pinggang + vest(untuk menutup bentuk badan); kasut boot; tudung Spiral Vector Scarf in Brown}


{Selasa: Blouse longgar; seluar panjang 'slack', kasut 'wedges' yang dipakai bersama stokin hitam(untuk menutup kaki); tudung Kabbaj Shawl in Turquoise }


{Rabu: Blouse labuh; seluar jeans; boot hitam; tudung Better Cotton Scarf in Gray }



{Khamis: Blouse putih yang dipakai bersama vest; Seluar 'bootcut'; kasut hitam; tudung Brighten Up Scarf in Blue }


{Jumaat: Cute and Sweet Top in Soft Pink; maxi skirt; kasut berwarna 'nude'; tudung Mix Paisley Scarf in Dark Blue }


{Sabtu: Maxi Dress yang dipakai bersama cardigan; boot hitam; tudung 'Wide Square Scarf in Purple Plum'}


{Ahad: 'Top' yang dipakai bersama cardigan yang longgar; maxi skirt; 'flat shoes'; tudung Spiral Vector Scarf in Blue }

Apa yang anda perlu tahu sebelum memakai tudung satin

$
0
0

Tidak semua orang berani memakai tudung satin. Disini diberikan beberapa tips bagaimana memakai tudung satin yang tidak membuatkan anda nampak melebih-lebih.




  • Less is more.
Jangan memakai terlalu banyak perhiasan ketika memakai tudung satin. Disebabkan kain satin dalam kategori kain yang 'glam', memakai satu perhiasan seperti satu brooch di tepi tudung atau satu aksesori di tudung sudah nampak cukup lengkap untuk bergaya.

  • 'Style'kan tudung.
Tudung satin nampak kemas kalau digayakan dengan 'style' tudung yang menggunakan banyak pin. Contohnya, jika memakai tudung empat segi, tudung di pin di kiri dan di kanan. Tudung satin kurang sesuai digayakan dengan membiarkan tudung dibiarkan labuh begitu sahaja.


  • Jangan lupa memakai anak tudung(underscarf).
Anak tudung memudahkan tudung terbentuk dan dapat mengelakkan rambut daripada terkeluar. Sesetengah tudung satin adalah licin dan anak tudung dapat membantu membentuk tudung dengan mudah. 


Selain itu, tudung satin juga dapat melindungi rambut kita daripada rosak jika dipakai ketika tidur. Caranya hanya perlu alaskan tudung satin di bantal ketika hendak tidur. Ini dapat melindungi rambut kita daripada mudah gugur dan tidak kusut ketika bangun nanti :) 

SALE ►Tudung RM10 Hingga Akhir Disember

$
0
0
http://bit.ly/1yxZrLx

Bermula awal bulan ini(disember), stok tudung(terutamanya selendang) akan 'dilicinkan' di online shop saya. Sesiapa yang berminat memakai selendang ataupun ada kawan-kawan yang baru berminat nak memakai tudung, bolehlah hadiahkan tudung-tudung ini ^_^. Selepas akhir Disember, selendang² ini akan dikeluarkan dan tidak akan dijual balik.Tudung-tudung yang akan dijual harga RM10 adalah seperti berikut:
Selendang ini diperbuat dari kain net dan saiz selendangnya agak besar(sama saiz dengan 'wide shawl'). Walaupun selendang ini nampak jarang, jarangnya tidak ketara selepas dipakai sebagai tudung. Selendang ini sesuai dipakai untuk seseorang yang mudah merasa panas apabila memakai selendang dan kainnya tidak perlu digosok.


Tudung empat segi ini bersaiz biasa(45 inci) dan kainnya seakan-akan kain 'cotton viscose' yang fabriknya biasa digunakan untuk membuat 'wide shawl bercorak'. Kainnya tidak mudah berkedut, tidak terlalu jarang dan mudah terbentuk. 


Kain selendang ini agak sukar dijumpai dan kualitinya lebih elok daripada selendang² yang biasa ada dipasaran sekarang ini. Kainnya sebenarnya tidaklah terlalu jarang dan kainnya tidak panas apabila dipakai sebagai tudung. Dengan 'style' corak yang unik(yang berwarna putih tu sebenarnya jahitan), selendang ini agak susah nak ditiru 'design'nya.


Selendang ini mempunyai kualiti yang sama seperti selendang diatas. Coraknya sahaja yang berlainan :)


Selendang chiffon ini bersaiz sederhana dan kainnya nampak tidak terlalu jarang jika dipakai sebagai tudung(kainnya adalah campuran polyester+chiffon). 

  • Sebenarnya setiap tudung RM10 ini terdapat dalam pelbagai warna untuk setiap jenis tudung yang diberikan diatas.
  • Penjualan setiap tudung ini akan dihentikan selepas 31 Disember 2014.
  • Semua tudung adalah 'ready stock'.
  • Jika berminat untuk melihat tudung RM10 yang lain, boleh lihat dan beli di http://bit.ly/1yxZrLx
  • Semua tudung tidak termasuk harga pos.
  • Jika ingin memberi tudung ini sebagai hadiah untuk kawan, sila beritahu dalam comment box(selepas checkout di 'online shop') atau emel ke fadzbiz[at]gmail.com.

Viewing all 95 articles
Browse latest View live